Friday, November 22, 2013

:: QUOTE 5 ::


-gambar diambil dari "Blog Venus"-


"Selagi kita mengasihi perkara lain selain dari Allah kita akan tertekan dan tidak bahagia"

Prof Dr. Muhaya




Notatangan :
  • Ketenangan dicari kala hati gundah gulana.
  • Satu apa pun tak boleh buat dalam kondisi begini.

Sunday, November 17, 2013

:: CERITA SEMALAM, HARI INI & ESOK ::


Beberapa hari lepas...bateri kereta kong ---> dah diganti.

Hari ini brek kereta rosak ---> masih lagi begitu.

Esok bakal memulakan semula tugas setelah "berehat" panjang.



Nampaknya esok bakal dihantar & dijemput ke tempat kerja, menumpang mungkin?

Harap-harap cepatlah hantar kereta ke workshop.

Tiada kereta ibaratnya patah kakilah~


Tuesday, November 12, 2013

:: ENTRY MUSIM CUTI ::


Assalamualikum anda, anda dan anda...


Hurmm....nak tulis apa ye?


Ok, it's been 12 days since I've started my "holiday-free-payment" (if you know what I mean)
Dah biasa hari-hari pergi balik kerja, tiba-tiba terpaksa bercuti macam ni, dengan tak ada plan apa-apa, memanglah tersangat membosankan.


Hari-hari benda yang sama..doing all those chores, surfing the internet, checking emails bla3...(and the story continues). oh yeah, forgot to add up this one: playing Candy Crush (makin lama progress makin slow) and also watching Running Man (kinda addicted to this variety show right now..gelak sorang2).


Cepatlah mula new semester. Tak sabar nak kembali bergelar "insan berkerjaya". I've been planning to implement a new rule to the students for the next semester, which is: "for muslims, wajib menutup aurat ketika menghadiri kelas saya". I've got this idea from one of the senior lecturer. Apparently, some of them have implement this rule for quite some times, and I think it's a good one. After all, it's our duties to correct the wrong, right? It just that, I think we need to elaborate more on the part of "tutup aurat" since I've met few students (actually bukan students sahaja) who wear hijab with short sleeve shirt...and it is sooooo wrong. So, it's good to stress out on that part right in the beginning before they start doing it, and you just don't know how to advise them when it's actually happens. After all, siapa yang suka kalau kena tegur kan?


It will also be good if I can share some knowledge other than maths itself during the lesson...and I'm actually talking about religious knowledge...Well, I'm not that "alim", tapi tak salah berkongsi ilmu yang sedikit tu kan... This one coming up during my conversation with my mum, whose a BM teacher, teaching form 6. "Aurat kita dengan kakak/abang ipar sama macam dengan orang luar. Bukan mahram, so kena jaga. Kena pakai tudung, tak boleh bersalam". Apparently, some of her students didn't know about this. It's something new to them. Kesian kan...kadang-kadang, kita buat sesuatu bukan sebab kita saja-saja, tapi sebab kita tak tahu. So, whose duty is that? Kitalah..... ^_^


So, mari "BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL".



Notatangan :

  • Welcome November!
  • Ada orang dah tegur sebab dah lama tak tulis new entry. so, cepat-cepat je buat. hehe.
  • Thanks misz garfield for prompted me to write this entry. ^_^

Wednesday, October 23, 2013

EMOSI DIKAWAL, BUKAN DIKAWAL EMOSI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Disebabkan Candy Crush kata "no more lives", maka mari kita menconteng sebentar blog ini.

Membuka pekung di dada, al-kisahnya saya, eh..aku.. (eh, saya ke aku? ok.apa-apa je lah~) ni sebenarnya agak beremosi (tapi bukan ke memang semua orang beremosi?). Saya bawakan 2 kisah. 2 sahaja cukuplah~


EMOSI-nya saya :
Kalau orang buat sesuatu yang tidak kena di hati dan mata, rasa geram je. Ambil contoh, students.
Kita kata masa test tak boleh bercakap, jeling2 kawan..dia buat juga. Ok, hati rasa geram ni, tapi otak masih berfikir-fikir, "Nak marah ke tidak ni? marak ke tidak? Karang kalau tak marah, diorang ingat ok je buat macam tu. Tapi karang kalau marah, mulalah lepas tu rasa bersalah sampai tak boleh tidur, tak boleh buat kerja, tak lalu makan. Haishhh..payah, payah~". And yes, pernah terjadi suatu ketika, saya telah menegur dua orang pelajar yang pada mata saya, nampak jelasnya sedang bercakap ketika test. Asalnya cuma nak pura-pura marah, tapi tak sangka boleh termarah betul-betul. Surprisingly, one of them macam rebel, terus hantar paper test walaupun belum siap jawab dan masa berbaki kira-kira 1 jam lebih. Rasa bersalah tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam hati disebabkan telah memarahi pelajar yang saya kira telah melanggar syarat-syarat menduduki test. Terus 3 hari rasa serba tak kena. Isk, tak suka! Tak suka! Tak suka! Salah saya ke? Lantas bagaimana saya lihat segelintir pendidik boleh bersifat sangat garang dengan mengherdik pelajar-pelajarnya? Tak kanlah mereka rasa serba salah sepanjang tahun? Musykil sebentar~


EMOSI-nya saya :
Suatu ketika di kala Aidilfitri mahu menjelma, saya dikejutkan dengan kehadiran surat panggilan semula penempatan PLKN bagi pelatih yang membuat penangguhan (it has been almost 6 years since I've joined PLKN for 6 days and terpaksa buat penangguhan kerana menyambung degree). 6 years OK! 6 years! and PLKN at the age of 24? siapa yang tidak beremosi agak2? Ok, tak pe..cool~ cool~
Maka bermulalah episod call-mengecall operator bagi bertanyakan beberapa soalan. At first, panggilan pertama dibuat betul2 sehari selepas surat diterima. Kiranya emosi masih belum stabil. Cuma ayat-ayat biasa yang saya gunakan untuk bertanya, tapi mungkin nadanya kedengaran cukup beremosi, maka pihak di sana juga kedengaran sedikit beremosi. Ok, selesai panggilan, rasa bersalah pula...kenapa pula harus beremosi dengan operator tu? Bukannya dia ada buat apa-apa salah, ye dak?
The next day, or day after the next day (lupalah tu), saya membuat satu lagi panggilan untuk mendapatkan lebih pencerahan. Masa ni hati sudah boleh menerima situasi yang terjadi, emosi sudah makin terkawal. Panggilan bersambut, pertanyaan diajukan, semuanya dalam keadaan terkawal. Solusi sudah dicapai, siap boleh bergurau di akhir panggilan dengan operator berkenaan, yang mana gurauannya kira-kira berbunyi :
"Ok...means solutionnya sekarang ni, saya buat surat mohon melanjutkan penangguhan, then kahwin cepat-cepatlah lah ye...(gelak bersama operator)". Haaa..nampak tak bezanya di situ?


"Apabila emosi berjaya dikawal, tingkah laku dan percakapan juga secara automatik akan terkawal. Tapi jika kita dikawal emosi, maka apa jadinya?" Fikir-fikirkanlah~


Notatangan :

  • Pernah beremosi (baca: marah) ketika menunggu makanan di pesta konvo suatu ketika dahulu. Kawan-kawan lain semua dah dapat makanan, dah siap makan pun, bahkan orang meja berdekatan yang baru sampai pun dah dapat makanan yang dipesan, tapi kita ni masih menunggu ibarat "menunggu bulan jatuh ke riba". Beremosi (baca: marah) tak terkata sampai termenangis! (Memang pun langsung tidak terluah dengan kata-kata) Makan bertemankan ayaq mata lah habaq hang lepaih tu... Well, nak buat macam mana. That is me~


Tuesday, October 22, 2013

:: APA SUDAH JADI? PLAY YOUR ROLE EVERYONE! ::



Assalamualaikum sekalian pembaca (jika ada)


Sekadar ingin mencoret sedikit kisah semalam, lewat meeting exam bersama para pendidik sempena membincangkan keputusan peperiksaan para pelajar.

"Uish, it's P&C... Yes, I know...bukan nak membocorkan apa2 rahsia. Sekadar berkongsi satu fakta yang saya kira harus diberi perhatian serius oleh segenap lapisan masyarakat, walau siapa pun anda. Ya, ini PENTING! Sangat~"


Di tempat saya berkhidmat menabur bakti, para pelajar wajib mengambil subjek agama. Ini adalah salah satu subjek yang mana most of the lecturers will be surprised if the failure rate is high..ok, not to mention about the rates, adalah menjadi kemusykilan juga sekiranya ada pelajar yang gagal. At least for me, I will be surprised. (Saya bukanlah bijak pandai agama, tapi anda akan faham setelah menyelami isi penulisan saya. InsyaAllah) 

Dipendekkan cerita, pengerusi yang mempengerusikan ok, ini semua orang tahu perjumpaan membangkitkan persoalan : "Mengapa ramai pelajar2 yang gagal subjek tersebut, bahkan ada di antara mereka yang score subjek lain seperti Maths, tapi terkandas bagi subjek agama?" (Oh yeah, just for the record, this subject is just for Muslims)

Maka bangkitlah seorang ustazah mewakili rakan-rakan pendidik yang lain bagi memberi sedikit pencerahan berhubung perkara tersebut.

Kata beliau (mungkin ayatnya sedikit berbeza dengan penerangan sebenar): "Penilaian bagi subjek ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya, amali solat macam sekolah dululah, bacaan Al-Quran dan ia bukanlah berbentuk hafazan, cukup sekadar membaca 4 Qul dengan tajwid yang betul, kemudian ada juga tugasan, pembentangan dan sebagainya. Tiada final exam. Pelajar juga telah dimaklumkan awal berkenaan amali solat dan juga bacaan 4 Qul..kira-kira sebulan awal. Datanglah berjumpa ustaz/ustazah apabila telah bersedia."

Apa yang menjadi masalah ialah apabila pelajar2 berkenaan tidak memunculkan diri sehinggalah tamat tempoh penilaian. Nah, sekarang bayangkan jika anda adalah mereka. Apa yang menyebabkan anda enggan melalui proses penilaian? Bukankah sebagai seorang Muslim sejak lahir (most of them), ini adalah rutin harian anda? Lantas, di mana duduk letak masalahnya? Fikir-fikirkanlah~

Kata ustazah tersebut lagi, ada sebahagian daripada mereka yang memang telah menghafal 4 Qul sejak kecil, apabila datang memperdengarkan bacaan, maka terdapat sedikit kesalahan pada bacaan tajwidnya, lalu diperbetulkan. Pada hemat anda, apa yang terjadi? Ya...hafalan mula berterabur. Hilang semua ayat-ayat yang dihafal sejak kecil..dan ya lagi, it's surah 4 Qul. Bukan Surah As-Sajadah mahupun Al-Waqiah. (Di sini hati sudah mula terusik...ditambah dengan lenggok bahasa Ustazah yang bercakap, seolah-olah mengajak semua pendengar ikut sama merasakan apa yang beliau rasa)

Tambah beliau lagi, ada juga pelajar yang tidak boleh membaca kerana tidak kenal huruf. Bukan huruf rumi yang saya perkatakan, tapi kalam-kalam dalam Al-Quran itu. Hati bertambah-tambah sayu mendengar bicara yang satu ini. Lantas saya berbisik dengan teman di sebelah, "Kak, sedihnya lah kalau kita jadi orang yang mengajar tu kan....".

Mungkin telah menjadi lumrah bagi kebanyakan semua pendidik untuk merasa simpati dan kasihan dengan pelajar2 yang tidak mampu untuk perform dalam subjek yang diajar. Lebih-lebih lagi jika pada hemat pendidik tersebut, topik yang diajar adalah sangat senang (bagi kes saya yang mengajar Maths, topik tambah tolak darab bahagi, inequalities, log etc which is the simplest one) dan pelajar berkenaan rajin berusaha. Memang sangat kasihan~ Itu baru untuk subjek yang boleh dikatakan bersifat duniawi secara kasarnya. Maka tidak dapat saya bayangkan berapakah tahap kesedihan yang bakal saya lalui jika mengajar pula perkara-perkara berkait solat dan bacaan Al-Quran.

Apa ertinya IC warna biru yang tercatat "Islam" itu jika tidak tahu bersolat, tidak mengenal kalam-kalam Allah? Jika usia baru mencecah 10 tahun mungkin masih boleh difahami, tapi jika usia sudah menjangkau 20 bagaimana? Lihat sekeliling kita, berapa ramai di antara ahli keluarga, sahabat handai kita yang tidak pernah menyentuh sejadah? Atau mungkin suatu masa dahulu pernah, namun tiba2 semuanya ghaib? Tahu sahaja tidak cukup jika tidak diamalkan. Bukankah solat itu tiang agama? Nah, bagaimana pula mahu bersolat jika tidak mengenal kalam Allah? Fikir-fikirkanlah~

Berbalik kepada kisah saya tadi, tambah menyedihkan apabila ada pelajar yang excellent dalam semua subjek yang diambil, tapi gagal subjek agama? Kita tidak mahu melahirkan insan yang hanya hebat pada kerjayanya, tapi goyah pegangan agamanya. Tidak, bukan ini yang kami pendidik harapkan. Saya pasti, bukan itu juga yang ibu bapa harapkan daripada anak-anak mereka...

Justeru, siapa yang harus bertindak sekarang? Saya tidak mahu menoleh ke belakang, berbalah-balah menyalahkan mana-mana pihak. Memang benar kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya", tapi tidak bermakna rebung yang dah bertukar jadi buluh (eh...betul ke ni???) sudah tidak berguna lagi. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu belum ada istilah terlambat... Ambil saja iktibar dari kisah "PROF DR MUHD KAMIL IBRAHIM" yang memulakan penghijrahan beliau di kala umur hampir mencecah separuh abad.

Ya, masih belum terlambat~

So, everyone...LET'S PLAY OUR ROLE!


Notatangan:

  • Masih berhasrat menyambung bicara berkisar perihal ini...tapi nantilah.. mungkin esok lusa.
  • Antara ibu bapa, pendidik, masyarakat sekeliling....siapa yang harus mainkan peranan?
  • Terima kasih kerana sudi membaca entry yang panjang berjela ini.... cis, perasan lagi konon2 ada yang baca.

:: WHAT IS NOT TO BE LOVED? ::

Assalamualaikum awak...

Suddenly rasa nak update sikit perihal diri after 3 years
(since the last entry yang konon-kononnya nak buat comeback ala-ala artis)


Well, at last...I've finished my study last year on March 2012 and the convocation day was on October 2012, as far as I can remember. Like any other person, the next target right after finished your degree/masters...is looking for a life-time job.

Currently I'm working as a PTFT (if you know what does it means) Lecturer at U*** P****G (that is for me to know, for you to find out). This is my 3rd semester working there, or to be more precise...it's been almost one a half years spending my time as a PTFT Lecturer.

I do enjoy my work, in fact...I really LOVE IT! Well, what's not to be loved? It's your DREAM CAREER, plus working at your HOMETOWN, do things that you LIKE, staying with your family (PARENTS), NO TRAFFIC JAM and etc...but the only thing that make you worried is: it's not a permanent post...or should I say, TEMPORARY post? yes....that's the problem.

Well....some might say, "AT LEAST YOU HAVE A JOB~". Yes...agree with that, but somehow...at a certain point, I need to think seriously for my career development... like, "yes..of course you should think about that". After all, we are not getting any younger right?

InsyaAllah, I'll keep on looking for better opportunities and in the mean time, I'm going to walk my path with all my heart.


-ehem3, just ignore my broken English ok!-

*Bersyukur atas setiap nikmat, Bersabar atas setip ujian*

Monday, October 21, 2013

:: THREE YEARS LATER... ::

*AFTER 3 YEARS.....*

(ok, dah macam drama tv)


Jam menunjukkan tepat 8.25 minit malam...

Hujan baru sahaja membasahkan bumi...

Cuaca di sini sejuk dingin membeku...

Menikmati hidangan keropok lekor sambil ditemani aroma teh O panas...

Ohhh....nikmatnya~


Notatangan:

  • Is that all that you wanna say after 3 years? Like....seriously serious?
  • Anyway, who cares right? Coz I'm 99.9% sure that no one will read this... Perhaps i'm the one who'll be reading this after another years?? Who knows...

Friday, November 19, 2010

:: COME BACK..BACK..BACK..BACK!!! ::

Salam semua~

Lama sugguh rasanya diri ini tidak menjenguk mahupun membelai blog yang pernah menjadi kesayangan suatu masa dahulu...

Bukanlah mahu menjadi seperti si tanggang yang lupa daratan...

Mahupun si polan yang habis madu sepah dibuang...

Bukan itu!

Cuma minda ini ada kalanya bertindak menghalang perlakuan, menyekat mana yang patut, menidakkan mana yang tidak perlu...

Masa...ya...masa itu juga ada kalanya sangat cemburu sifatnya...lebih tajam dari mata pedang...lebih pantas dari pelari pecut negara...

Namun, hatilah yang merajai akal...namun bukan pada semua keadaan... kata orang, "jangan ikutkan hati, nanti mati." apa rasionalnya kata-kata itu...kerana mati itu kan pasti!

Ya...hati ini tidak selamanya ingin berbicara...meluahkan mana yang tidak tertanggung...merungut mana yang tidak puas...berkongsi mana yang gembira...mencanang mana yang hebat...tidak selamanya ia begitu...

Lantas, apa ertinya "come back" ini???

Aku bukannya artis korea pujaan ramai yang kemunculannya dinanti-nanti ramai anak muda...bukan juga pemimpin negara yang perlakuannya diperhati setiap rakyat...apatah lagi penceramah bebas yang ilmunya ditunggu-tunggu mereka yang dahagakan pengisian rohani...

Namun, bukan sesiapa tidak bererti tiada apa-apa...kerana aku punya segalanya yang tidak dimiliki oleh mereka yang tidak punya apa-apa...

Maka, bersyukurlah dengan setiap yang kita miliki...hanya dengan bersyukur kita akan sedar betapa beruntungnya diri ini...betapa pemurahnya DIA pada hamba-NYA... cuma kita yang ada kalanya alpa...selalu sahaja lupa untuk mengingati-NYA...bermuhasabahlah wahai hati~


**gerak hati yang mendorong jari jemari bermain di atas papan kekunci tatkala akal seharusnya difokuskan pada laporan yang masih belum selesai...apakah??**

Friday, July 2, 2010

:: MARI LIHAT....MARI AMBIL ::



"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world."


ni yg miz ruha ckp about me : ------> erm,,,, ape yg ak nk ckp ttg die yer,,,,erm..erm....kwn baik ak mse kt matrix,,,, jd pendorong utk ak jd sgt rajin stdy mse kt matrix.....pakai spec,,,,n d only one yg suke panggil ak 'HADI',,,,,n ak x kesah,,,

ak blas : kau x perlu ckp ape2...sbb aku tau, aku memang baik.. hahahaha... OK, aku tipu! kau yang sebenarnya rajin, bukan aku.. aku cuma mengambil sedikit kerajinan kau dan menyuntiknya dalam diri aku..aceceh~ aku panggil kau HADI sebab kau panggil aku SASA.. n I really don't mind bout it..seriously.. keep calling me dat babe.. thanks n back 2 u diz award k.. ^.^


Kena nominate 12 bloggers? Kenapa 12 sahaja? aku tak sanggup meng"anak tirikan" bloggers yang lain... so, semua bloggers...come and take this award... hehehehe...


For all bloggers dat have take this award... please;

i. Nominate 12 more bloggers.
ii. Put the logo onto your sidebar or within a post.
iii. Link the nominees within your post.
iv. Let the nominees know they have received this award by commenting on their respective blogs.
v. Share the love and link to the person from whom you have received the award.



p/s : sorry hadi...only now aku amek diz award... dah lame x layan blog...hihi..

Wednesday, March 24, 2010

:: JANGAN TIDUR LAGI ::

Sleepy~

Sleepy~

Sleepy~

Jangan tidur lagi!!!

Kerja bertimbun3~

ZZzzzz~

Tuesday, March 23, 2010

:: IGNORE ::

Hari ini terasa dengan some"____"

Hal kecik je kowt~

Terlebih sensitif barangkali...

Takpelah...

Try to ignore it~

:: KEMALASAN ::

owh33~
sekarang sangat malas nak hupdate belog...
nak jenguk pun malas...
eh3..baguslah tu...
takde lah kau buang masa berjam3 depan laptop fura oiii~

huish...sape kate aku tak buang masa depan laptop?
masa tetap terbuang even belog terabai...
hahahahahaha...
kan banyak lagi cara-cara untuk menghabiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah...
tengok movie, layan muka buku...
alah, x perlu kowt aku nak story panjang lebar bab ni...
semua orang pun tahu cara-cara nak buang masa kan~

Yang ramai orang tak tahu...
gunakan masa sebaiknya!!!
akulah tu~

Sedarlah wahai owner belog...
masa dah time!!!
mana nak siapkan thesis lagi...
nak prepare tok final exam lagi...
so, MARI BERUSAHA!!!

*tapi sebelum tu...kita tido dulu!! esok kelas pagi maaa~ tido33*

Sunday, March 14, 2010

:: KHAS BUATMU, MAL ::


warning! : entry kali ini memang sangat panjang.. so, sape yang kesuntukan masa, tak usahlah membacanya...


entry ini khas aku tujukan buat NOOR MALYANAH BT ABDUL RASHID yang memandu uji WPR9187.. even kau mungkin tak baca pun post aku ni... tapi tak kira!! aku nak buat juga...


semalam birthday kau kan? ye..aku tau.. mana mungkin aku lupa..
kau kan roommate aku untuk 2 tahun ni... plus, kau jugalah classmate aku masa di matrik..
kan kita selalu bekerjasama menyiapkan pelbagai tugasan.. especially lab report.. ingat?? haha
walaupun mungkin masa di matrik aku tak pernah ingat, atau mungkin juga tak pernah tahu bila birthday kau... tapi sekarang kalau aku lupa, habislah aku!! hahaha

aku baru cadang tak nak wish kau tahun ni... macam yang aku buat pada wana (ok, yang ini kes lain..sebab akhirnya aku wish juga walaupun terlambat..ni semua gara-gara nak jadi orang paling last yang wish lah konon...tapi, at the end.. hampehh!! huhu)
yelah, kau tak rasa kew..bila aku wish kau, maksudnya aku sangat sedar...mungkin juga sangat alert akan pertambahan usia kau... makin tua ringkasnya...
tapi, kalau aku tak wish...maksudnya kau sentiasa muda di mata aku.. walaweh~ hak3..


semalam aku penat berpura-pura macam tak ingat langsung birthday kau..
orang sebut2 pun, aku pekakkan aje telinga...
tapi last-last, lagi 5 minit nak pukul 12am 14mac, kau paksa aku wish kau...
apalah kau mal!!! hancur musnah semua impian aku tak nak wish kau....
muahahahaha... tapi takpelah kan... tu maksudnya kau sayang aku.. (apakah??)

mal,
kau tahu tak yang kau ni baik sebenarnya...
selalu nak jaga hati orang....
tapi kau tak pernah nak jaga hati aku (ok..aku tipu!!)
aku mungkin kadang-kadang teremo..atau mungkin juga selalu tapi aku bukan emo kat kau... kau cukup risau kan bila tengok aku moody? kau mesti ingat aku moody sebab kau...
lepas tu, kau tanya aku.. "kau terasa dengan aku ke fura?"
aku nak jawab pun kadang-kadang rasa sangat kelakar...
tapi sungguh, adakalanya kau lucu lah mal!!! hahahaha
kekalkan diri yang begitu ye mal...aku suka~ aku suka bila orang rasa bersalah dengan aku..even dia sebenarnya tak buat apa-apa salah pun dengan aku... hahahaha.. *kaulah tu~*

mal,
kau tahu tak yang aku selalu terasa hati dengan kau? (ok...aku tipu lagi!!)
ni yang sebetulnya...aku selalu rasa terharu dengan kau...
aku ingat lagi, masa 1st year..aku gaduh dengan kawan kita... salah faham jew padahal~
penat aku menangis bengkak-bengkak mata semua... tapi, aku tak adalah nak mengadu dengan kau kan.. buat malu jew~
masa tu, kau duduk blok lain, aku di blok lain.. tapi, tiba-tiba kau datang bilik aku... kau kata sebab kau rasa "sumthing".. haru lah kau mal!! datang tengok aku menangis~ tapi, sungguh..aku terharu~

aku ingat lagi, masa 1st year jugak... kita nak keluar kajang ramai-ramai naik bas...
tiba-tiba aku "sakit puan"... 1st time kowt~ so, memang tak tahan... kau suruh member yang lain pergi dulu.. kau tunggu aku OK, then baru kita pergi.. aku terharu lagi...

aku sentiasa ingat, bila aku bercerita dengan kau masalah aku, kau akan bagi nasihat..
bila aku cerita dengan kau aku rasa down dengan macam-macam perkara... dari hal akademik sampailah hal-hal bersangkut paut dengan fizikal aku, kau bagi aku semangat... sampaikan sekarang aku rasa macam..
"ah, pedulilah orang nak kata apa pasal aku!! janji aku bahagia~"
..
"sebelum orang mengata aku, baik aku kata pada diri sendiri dulu.."
aku ikutkan aje~ huhuhu..

aku ingat lagi, tahun lepas..masa aku demam... kau jaga aku..
yang itu pun aku teharu..
mungkin pada kau semua tu hal kecik jew..small matter...
tapi aku ni kadang-kadang memang tak bleyh blah... cepat rasa terharu... hahaha.. klaka3~
kalau kau nak gelak pun, gelaklah~ aku tak peduli......
sebab aku memang macam tu..


aku mugkin kadang-kadang nampak tak ambil berat semua tu...
nampak macam tak sensitif dengan hal-hal macam tu...
nampak macam suka membuli kau..
bukan kau je sebenarnya, dengan kawan lain pun aku macam tu...
sebab aku suka begitu..huhu
kadang-kadang aku tak reti nak tunjukkan aku sangat menghargai benda tu...
tapi sungguh, aku memang sangat berterima kasih sebab kau sudi kawan dengan aku...
aku happy aku ada kau dan mereka...
AKU SAYANG SEMUA KAWAN AKU!!



lupe pulak : HAPPY BIRTHDAY MAL!! ahah!!

Monday, March 8, 2010

:: AYUH, BERSEMANGAT!! ::

di minggu ke-2 dalam bulan MAC yang berbahagia ini...
marilah kita bersama-sama menyemangatkan diri...
menstudykan diri...
menyiapkan thesis...
mengelakkan berlakunya pembuangan masa...
kerana masa semakin suntuk ye kawan-kawan~
berusaha dan jangan pernah mengalah!!






tapi sebelum tu, hutang mesti dibayar...
barulah hidup aman bahagia.. tak gitu jiha?? haha
ni haa...den nak bayar hutang tag cik jiha... layan~

1. MAKANAN
  • semua yang orang normal makan, aku makan~ kecuali beberapa makanan yang aku x berapa suke nak makan.. ahah!!

2. BAHAN BACAAN

  • orang kata membaca jambatan ilmu. so, sepatutnya apa-apa yang boleh menambahkan pengetahuan haruslah dibaca. tapi, biasalah kan~ aku ni memang suke buat benda yang tak berapa nak patut.. bahan ilmiah ni jarang sikit aku nak sentuh.. bahan tak ilmiah rajin jugalah aku belek.. isk33~

3. RANCANGAN TV

  • haaa~ yang ni fevret aku.. membuang masa depan TV. kalau boleh, semua rancangan kat TV tu aku nak tengok.. tapi, manakan sempat.. masa tak ada~

4. KEPERIBADIAN

  • ntahlah... persepsi aku, "aku bukanlah baik sangat~"

5. HOBI

  • hurmm..hobi?? jap, nak kena cari semula karangan "hobi saya" masa darjah 3 dulu..

6. IMPIAN / HAJAT DI HATI

  • banyak sangat... manusia kan tamak. tak pernah puas!!

*aku tak berniat nak tag sesiapa.. selamatlah korang~*

Sunday, March 7, 2010

:: FOODS ::

ouch...
what a bored day i've been through today...
with no electricity, no friends, no one to talk to...
i'm totally like a lone ranger...
no doubt~
and the worst part is.. NO FOODS at all...
i'm starving like there-is-no-tomorrow u know...
till now~
and it's so disgusting...
hate this feeling...hate this laziness~


*lala, cepat3 balik... tak sabar nak makan!!! uwaaa!!! *

Saturday, March 6, 2010

:: MY DREAM ::

owh...dah lama rasanya x menghupdate ini blog...
malas sungguh sejak akhir-akhir ni...
too many things to do...
till i don't exactly know what should I do...
ahah!!

esok dengar cerita..upss..bukan cerita..
berita lebih tepatnya. x ada elektrik...
so, everyone seems busying planning where to go, what to do~
ada yang nak ke zoo negara lah..masjid negara lah.. perpustakaan negara lah..
memang betul-betul cintakan negara mereka ni..
as for me, i've plan nothing for tomorrow... mybe i'll be here alone..
perhaps~ we'll see it tomorrow...ahaks!!

but the big plan i've heard was...1 day trip to Genting Highland...
not so sure whether they'll manage to make it or not...
i've been invited to join them, but my heart seems not really into it....
huhuhu...

anyway, anyone here wanna treat me to watch new movie at the cinema??
or maybe have a nice day playing bowling??
well~ let's hope so....
in MY DREAM~

Thursday, February 25, 2010

:: TAK TERUCAP ::

aku sangat tertekan,

stress,

risau,

bimbang...

banyak masalah aku sekarang...

sampai TAK TERUCAP...

rasa nak menangis jew...

tapi menangis bukan boleh selesaikan masalah aku pun...

tapi tu lah...aku dah pun termenangis...

sorang-sorang...

Please...bagitahu aku...

apa patut aku buat?


NOTATANGAN :
  • masalah menjadikan aku tak ada selera nak makan..seharian ni baru makan roti gardenia jagung sebungkus n jajan yg ngarut-ngarut...nasi ayam depan mata.. tapi selera tiada.. *sigh*

Sunday, February 21, 2010

:: DUNIA ::

owh... aku sudah di sini...

kembali semula ke duniaku...

kukira mereka juga sudah kembali ke dunia ini...

namun..hampa belaka...

kemana perginya semua makhluk itu??

mengapa biarkan aku terkapai-kapai, lemas sendirian dalam kotak kecil ini??

harap-harap mereka tidak tersesat...

kerana andai itu terjadi, mungkin aku tidak mampu untuk membantu mereka...

kerana BAS UKM tidak menawarkan sebarang destinasi ke melaka, rembau mahupun terengganu...

pulanglah anda-anda sekalian~



NOTATANGAN :
  • WAJIB, MESTI, KENA buat juga malam ni!!! kalau tak....u r finish sasa!! bye3!!


**inilah jadinya bila aku mula berbicara**

Friday, February 12, 2010

:: HAPPY ::

holiday

u olls~


(euww..gewdix~)

Wednesday, February 10, 2010

:: AKU ::

SEDANG

TERTEKAN...STRESS

SANGAT33!!!!