Showing posts with label kata-kataku...pandanganku. Show all posts
Showing posts with label kata-kataku...pandanganku. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

:: ENTRY MUSIM CUTI ::


Assalamualikum anda, anda dan anda...


Hurmm....nak tulis apa ye?


Ok, it's been 12 days since I've started my "holiday-free-payment" (if you know what I mean)
Dah biasa hari-hari pergi balik kerja, tiba-tiba terpaksa bercuti macam ni, dengan tak ada plan apa-apa, memanglah tersangat membosankan.


Hari-hari benda yang sama..doing all those chores, surfing the internet, checking emails bla3...(and the story continues). oh yeah, forgot to add up this one: playing Candy Crush (makin lama progress makin slow) and also watching Running Man (kinda addicted to this variety show right now..gelak sorang2).


Cepatlah mula new semester. Tak sabar nak kembali bergelar "insan berkerjaya". I've been planning to implement a new rule to the students for the next semester, which is: "for muslims, wajib menutup aurat ketika menghadiri kelas saya". I've got this idea from one of the senior lecturer. Apparently, some of them have implement this rule for quite some times, and I think it's a good one. After all, it's our duties to correct the wrong, right? It just that, I think we need to elaborate more on the part of "tutup aurat" since I've met few students (actually bukan students sahaja) who wear hijab with short sleeve shirt...and it is sooooo wrong. So, it's good to stress out on that part right in the beginning before they start doing it, and you just don't know how to advise them when it's actually happens. After all, siapa yang suka kalau kena tegur kan?


It will also be good if I can share some knowledge other than maths itself during the lesson...and I'm actually talking about religious knowledge...Well, I'm not that "alim", tapi tak salah berkongsi ilmu yang sedikit tu kan... This one coming up during my conversation with my mum, whose a BM teacher, teaching form 6. "Aurat kita dengan kakak/abang ipar sama macam dengan orang luar. Bukan mahram, so kena jaga. Kena pakai tudung, tak boleh bersalam". Apparently, some of her students didn't know about this. It's something new to them. Kesian kan...kadang-kadang, kita buat sesuatu bukan sebab kita saja-saja, tapi sebab kita tak tahu. So, whose duty is that? Kitalah..... ^_^


So, mari "BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL".



Notatangan :

  • Welcome November!
  • Ada orang dah tegur sebab dah lama tak tulis new entry. so, cepat-cepat je buat. hehe.
  • Thanks misz garfield for prompted me to write this entry. ^_^

Tuesday, October 22, 2013

:: APA SUDAH JADI? PLAY YOUR ROLE EVERYONE! ::



Assalamualaikum sekalian pembaca (jika ada)


Sekadar ingin mencoret sedikit kisah semalam, lewat meeting exam bersama para pendidik sempena membincangkan keputusan peperiksaan para pelajar.

"Uish, it's P&C... Yes, I know...bukan nak membocorkan apa2 rahsia. Sekadar berkongsi satu fakta yang saya kira harus diberi perhatian serius oleh segenap lapisan masyarakat, walau siapa pun anda. Ya, ini PENTING! Sangat~"


Di tempat saya berkhidmat menabur bakti, para pelajar wajib mengambil subjek agama. Ini adalah salah satu subjek yang mana most of the lecturers will be surprised if the failure rate is high..ok, not to mention about the rates, adalah menjadi kemusykilan juga sekiranya ada pelajar yang gagal. At least for me, I will be surprised. (Saya bukanlah bijak pandai agama, tapi anda akan faham setelah menyelami isi penulisan saya. InsyaAllah) 

Dipendekkan cerita, pengerusi yang mempengerusikan ok, ini semua orang tahu perjumpaan membangkitkan persoalan : "Mengapa ramai pelajar2 yang gagal subjek tersebut, bahkan ada di antara mereka yang score subjek lain seperti Maths, tapi terkandas bagi subjek agama?" (Oh yeah, just for the record, this subject is just for Muslims)

Maka bangkitlah seorang ustazah mewakili rakan-rakan pendidik yang lain bagi memberi sedikit pencerahan berhubung perkara tersebut.

Kata beliau (mungkin ayatnya sedikit berbeza dengan penerangan sebenar): "Penilaian bagi subjek ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya, amali solat macam sekolah dululah, bacaan Al-Quran dan ia bukanlah berbentuk hafazan, cukup sekadar membaca 4 Qul dengan tajwid yang betul, kemudian ada juga tugasan, pembentangan dan sebagainya. Tiada final exam. Pelajar juga telah dimaklumkan awal berkenaan amali solat dan juga bacaan 4 Qul..kira-kira sebulan awal. Datanglah berjumpa ustaz/ustazah apabila telah bersedia."

Apa yang menjadi masalah ialah apabila pelajar2 berkenaan tidak memunculkan diri sehinggalah tamat tempoh penilaian. Nah, sekarang bayangkan jika anda adalah mereka. Apa yang menyebabkan anda enggan melalui proses penilaian? Bukankah sebagai seorang Muslim sejak lahir (most of them), ini adalah rutin harian anda? Lantas, di mana duduk letak masalahnya? Fikir-fikirkanlah~

Kata ustazah tersebut lagi, ada sebahagian daripada mereka yang memang telah menghafal 4 Qul sejak kecil, apabila datang memperdengarkan bacaan, maka terdapat sedikit kesalahan pada bacaan tajwidnya, lalu diperbetulkan. Pada hemat anda, apa yang terjadi? Ya...hafalan mula berterabur. Hilang semua ayat-ayat yang dihafal sejak kecil..dan ya lagi, it's surah 4 Qul. Bukan Surah As-Sajadah mahupun Al-Waqiah. (Di sini hati sudah mula terusik...ditambah dengan lenggok bahasa Ustazah yang bercakap, seolah-olah mengajak semua pendengar ikut sama merasakan apa yang beliau rasa)

Tambah beliau lagi, ada juga pelajar yang tidak boleh membaca kerana tidak kenal huruf. Bukan huruf rumi yang saya perkatakan, tapi kalam-kalam dalam Al-Quran itu. Hati bertambah-tambah sayu mendengar bicara yang satu ini. Lantas saya berbisik dengan teman di sebelah, "Kak, sedihnya lah kalau kita jadi orang yang mengajar tu kan....".

Mungkin telah menjadi lumrah bagi kebanyakan semua pendidik untuk merasa simpati dan kasihan dengan pelajar2 yang tidak mampu untuk perform dalam subjek yang diajar. Lebih-lebih lagi jika pada hemat pendidik tersebut, topik yang diajar adalah sangat senang (bagi kes saya yang mengajar Maths, topik tambah tolak darab bahagi, inequalities, log etc which is the simplest one) dan pelajar berkenaan rajin berusaha. Memang sangat kasihan~ Itu baru untuk subjek yang boleh dikatakan bersifat duniawi secara kasarnya. Maka tidak dapat saya bayangkan berapakah tahap kesedihan yang bakal saya lalui jika mengajar pula perkara-perkara berkait solat dan bacaan Al-Quran.

Apa ertinya IC warna biru yang tercatat "Islam" itu jika tidak tahu bersolat, tidak mengenal kalam-kalam Allah? Jika usia baru mencecah 10 tahun mungkin masih boleh difahami, tapi jika usia sudah menjangkau 20 bagaimana? Lihat sekeliling kita, berapa ramai di antara ahli keluarga, sahabat handai kita yang tidak pernah menyentuh sejadah? Atau mungkin suatu masa dahulu pernah, namun tiba2 semuanya ghaib? Tahu sahaja tidak cukup jika tidak diamalkan. Bukankah solat itu tiang agama? Nah, bagaimana pula mahu bersolat jika tidak mengenal kalam Allah? Fikir-fikirkanlah~

Berbalik kepada kisah saya tadi, tambah menyedihkan apabila ada pelajar yang excellent dalam semua subjek yang diambil, tapi gagal subjek agama? Kita tidak mahu melahirkan insan yang hanya hebat pada kerjayanya, tapi goyah pegangan agamanya. Tidak, bukan ini yang kami pendidik harapkan. Saya pasti, bukan itu juga yang ibu bapa harapkan daripada anak-anak mereka...

Justeru, siapa yang harus bertindak sekarang? Saya tidak mahu menoleh ke belakang, berbalah-balah menyalahkan mana-mana pihak. Memang benar kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya", tapi tidak bermakna rebung yang dah bertukar jadi buluh (eh...betul ke ni???) sudah tidak berguna lagi. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu belum ada istilah terlambat... Ambil saja iktibar dari kisah "PROF DR MUHD KAMIL IBRAHIM" yang memulakan penghijrahan beliau di kala umur hampir mencecah separuh abad.

Ya, masih belum terlambat~

So, everyone...LET'S PLAY OUR ROLE!


Notatangan:

  • Masih berhasrat menyambung bicara berkisar perihal ini...tapi nantilah.. mungkin esok lusa.
  • Antara ibu bapa, pendidik, masyarakat sekeliling....siapa yang harus mainkan peranan?
  • Terima kasih kerana sudi membaca entry yang panjang berjela ini.... cis, perasan lagi konon2 ada yang baca.

Friday, November 19, 2010

:: COME BACK..BACK..BACK..BACK!!! ::

Salam semua~

Lama sugguh rasanya diri ini tidak menjenguk mahupun membelai blog yang pernah menjadi kesayangan suatu masa dahulu...

Bukanlah mahu menjadi seperti si tanggang yang lupa daratan...

Mahupun si polan yang habis madu sepah dibuang...

Bukan itu!

Cuma minda ini ada kalanya bertindak menghalang perlakuan, menyekat mana yang patut, menidakkan mana yang tidak perlu...

Masa...ya...masa itu juga ada kalanya sangat cemburu sifatnya...lebih tajam dari mata pedang...lebih pantas dari pelari pecut negara...

Namun, hatilah yang merajai akal...namun bukan pada semua keadaan... kata orang, "jangan ikutkan hati, nanti mati." apa rasionalnya kata-kata itu...kerana mati itu kan pasti!

Ya...hati ini tidak selamanya ingin berbicara...meluahkan mana yang tidak tertanggung...merungut mana yang tidak puas...berkongsi mana yang gembira...mencanang mana yang hebat...tidak selamanya ia begitu...

Lantas, apa ertinya "come back" ini???

Aku bukannya artis korea pujaan ramai yang kemunculannya dinanti-nanti ramai anak muda...bukan juga pemimpin negara yang perlakuannya diperhati setiap rakyat...apatah lagi penceramah bebas yang ilmunya ditunggu-tunggu mereka yang dahagakan pengisian rohani...

Namun, bukan sesiapa tidak bererti tiada apa-apa...kerana aku punya segalanya yang tidak dimiliki oleh mereka yang tidak punya apa-apa...

Maka, bersyukurlah dengan setiap yang kita miliki...hanya dengan bersyukur kita akan sedar betapa beruntungnya diri ini...betapa pemurahnya DIA pada hamba-NYA... cuma kita yang ada kalanya alpa...selalu sahaja lupa untuk mengingati-NYA...bermuhasabahlah wahai hati~


**gerak hati yang mendorong jari jemari bermain di atas papan kekunci tatkala akal seharusnya difokuskan pada laporan yang masih belum selesai...apakah??**

Monday, February 1, 2010

:: HIDUP TIDAK SEMPURNA? ::

Adakah anda bersetuju andai aku mengatakan bahawa hidup ini tidak selalunya indah?
Tidak selalunya sempurna?
Malah, kadang-kadang ianya penuh dengan ketidaksempurnaan.

Ketidaksempurnaan itu sebenarnya adalah satu ujian, satu dugaan..
Ketidaksempurnaan itu adalah untuk menguji tahap kesabaran kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir..
Ketidaksempurnaan itu juga seringkali menguji tahap keutuhan sesebuah perhubungan..
Yang penting, jangan cepat melatah!!

Semuanya terpulang kepada diri kita..
Bagaimana untuk berhadapan dengan ketidaksempurnaan itu..
Sama ada kita mahu melihatnya dari sudut yang positif, atau dari sudut yang negatif..
Adakalanya yang negatif itu perlu kita ubah menjadi sesuatu yang positif..
Mungkin juga kepada sesuatu yang boleh menjadikan kita lebih positif..
Pokok pangkalnya berbalik kepada diri kita sendiri.

Sebagai manusia kita memang sering mengharapkan kesempurnaan..
Namun adakalanya kita perlu belajar menerima ketidaksempurnaan..
Belajar memperbaiki ketidaksempurnaan itu..
Bukannya menghukum mahupun mengabaikan ketidaksempunaan itu..
Kerana pada aku, demikianlah hidup ini diciptakan.

Hati kita mungkin berhadapan dengan ketidakpuasan apabila apa yang diingini tidak sama seperti apa yang diperolehi..
Sudah menjadi lumrah manusia untuk cuba mencari di mana letaknya punca masalah tersebut..
Kerana manusia ini sememangnya mempunyai sifat ingin tahu yang cukup tinggi..
Tidak salah mempersoalkan, cuma biarlah kena pada tempatnya dan dengan cara yang betul.

Kita perlu yakin bahawa semua orang telah cuba untuk melakukan yang terbaik..
Telah cuba untuk menjadi yang terbaik..
Telah berusaha ke arah kebaikan..
Kerana sudah menjadi lumrah, setiap individu mahukan yang terbaik.

Aku tahu memang senang berkata-kata..
Yang melihat tidak sama dengan yang merasa..
Aku tahu itu!!
Tapi, bukankah minda dapat berfikir dengan waras apabila emosi dalam keadaan stabil?
Kerana Syaitan itu ada di mana-mana..
Menantikan terbukanya pintu-pintu kemarahan bagi menghasut anak ADAM..
Maka beristighfarlah kita senantiasa, di kala senang mahupun susah.


NOTATANGAN :
  • Peringatan ini untuk semua. Untuk aku, kau, dia, kamu dan mereka.
  • Andai ada tersilap di mana-mana, jangan segan silu untuk membetulkannya.

**inilah jadinya bila aku mula berbicara**

Friday, January 29, 2010

:: S.M.S ::

tau apa itu SMS? tau...bagus!! x tau...lagi bagus~ hoho
ok, sebut saje SMS..terbayang pakwe hensem tepi jalan bahasa yang digunakan..
agak-agak anda, bahasa apakah yang sering digunakan semasa ber'sms'?
ape dia? bahasa inggeris? owh..ni mesti spesies yang mengamalkan nasihat cikgu BI masa sekolah dulu kan.. "practice makes perfect". bagus3!!
bukan? owh..bahasa melayu.. melayu yang macam mana tu?
bahasa bakukah? kalau 'ya'..baguslah~ sejuk perut cikgu BM masa sekolah rendah anda....
bahasa pasarkah? haaa..yang ni pun bagus juga... bangga makcik bedah yang jual sayur pucuk paku kat pasar borong tu... sebab anda gigih mempraktikkan bahasa beliau... syabas!!
eyh..bukan jugak? habis tu..kalau bahasa inggeris bukan, bahasa baku bukan, bahasa pasar pun bukan... habis tu bahasa apa yang anda gunakan?
bahasa Tamil? Mandarin? Urdu? hah!! bahasa sanskrit pun ada? hebat33~ memang GENERASI HEBAT!!
ahh...ikut suka koranglah nak guna bahasa apa pun... janji boleh difahami..
tapi..betul ke boleh difahami?
OK..mari kita cuba try test tengok...betul ke faham?

ayat SMS : "blikn ak zinger tower 2. x nk air."
fahaman anda?

ini yang terjadi semalam apabila aku terlebih fahaman... isk3~
seorang rakan menghantar khidmat pesanan ringkas (cewah~) kepadaku, berbunyi seperti di atas..
tapi kalau korang tak bunyikannya, memang sampai bila-bila pun senyap sepi je lah dia...
aku dengan penuh menggoda yakin meng'order' dua biji burger zinger tower..
dan membawanya pulang dengan hati berbunga-bunga-macam-dalam-hati-ada-taman.
sampai di bilik dan apabila empunya burger memunculkan dirinya, aku pun bertanya...
"untuk roommate ko ke satu?"
dia terkejut wa cakap lu~
"hah!! dua? satu jew..aku punya~"
aiyark!! apakah?? adakah ini bermaksud aku telah terlebih fahaman?
ouh3~ nampaknya aku terpaksa memiliki burger yang satu lagi... kenyang33 tahap kekenyangan~
rupanya, '2' tersebut membawa maksud 'tu'...dan bukannya 'dua'.. adessss~
motif '2' dimuatkan dalam message tersebut? OK, sila bertanya pada orang yang bertanggungjawab kerana aku sendiri kurang pasti akan motifnya.. hohoho

mungkin banyak lagi kekeliruan yang terjadi disebabkan perkara ini.
Maka....mungkin kerana itulah mak aku selaku wakil cikgu BM seasia (OK..yang ini tidak benar) sentiasa menyokong penggunaan bahasa yang betul semasa ber'sms'..
tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang salah faham mahupun ketidakfahaman langsung sepanjang tempoh urat-mengurat ber'sms' tersebut.
fikir-fikirkanlah..dan selamat beramal!!



NOTATANGAN :
  • aku boleh terlelap semasa menaip entry ini..bukan sekali dua.. tapi berkali-kali-kali..waduh3~ udah timenya untuk tidur agaknya..
  • bahasa apa pulak yang sering anda gunakan semasa ber'SMS'? salah faham yang dialami?


**inilah jadinya bila aku mula berbicara"

Thursday, December 31, 2009

:: GOOD BYE SAYANG ::

tinggal beberapa jam sahaja lagi 2009 akan melabuhkan tirainya...maka akan terserlahlah wajah baru..2010..

ramai juga bloggers yang kulihat berbahagia sekali membuat entry mengkhabarkan suka duka sepanjang 2009 mereka..

tidak kurang juga yang begitu rajin bercerita mengenai Pn. AZAM yang baru menyambut kelahiran anak kucing beliau, AZAM si kekasih hati yang curang 5 kali tanpa henti.. tidak ketinggalan En. AZAM jiran baru sebelah rumah yang memiliki Blackberry..

pendek kata..semuanya berkaitan AZAM tahun baru..

bagi aku, rasanya jarang sekali aku berazam tiap kali tibanya tahun baru mengikut kalendar barat.. atau mungkin juga aku tidak pernah berazam.. entahlah, aku sendiri kurang pasti akan hal ini..

bagi aku, jika hendak berazam..tidak perlu aku menunggu tibanya tahun baru.. anytime pun aku boleh buat azam..tapi ini cara akulah.."lain padang lain belalangnya, lain orang lain caranya" (erkk...benarkah peribahasa ini??)

apa yang penting, diharapkan apa yang diazamkan itu menjadi kenyataan.. jangan sekadar anganan mat jenin yang tak sudah.. at least, berusahalah ke arah itu..

papepun, sama-samalah kita berusaha untuk menjadikan hari esok lebih baik berbanding hari ini..

dan di kesempatan ini juga, aku ingin memohon maaf kepada semua rakan yang mengenaliku.. andai ada terlepas laku tersilap bicara tersalah kata.. harap dimaafkan~

till then...papai~


NOTATANGAN :
  • bagaimanakah penghujung 2009 anda berakhir?? baikkah? malangkah? sukakah? dukakah?

**inilah jadinya bila aku mula berbicara**

Friday, October 30, 2009

:: SCANDAL...PERLU KE?? ::

salam semua~

kali ni, aku nak bawakan 1 topic yang agak panas~ panas kepada insan tertentu sahaja kowt..hihi.. pernah dengar perkataan "scandal"? atau mungkin anda sendiri pernah berscandal? atau mungkin juga anda sedang berscandal sekarang? atau teringin untuk memiliki scandal? atau...atau, atau.. berapa banyak atau daaaa~ haha.. bagi mereka yang masih kabur-kabur ayam akan makna scandal ni, sila ikuti perbualan di bawah :-


*************************************************************************************
-SITUASI 1-
Boroi : weh geng!! lame tak jumpe doo~ Awek baru ke bro?? (sambil berbisik dengan volume yang kuat)
Botak: Hahaha.. x de r.. awek still yang lame lagi.. aku kan pencinta yang setia...
Boroi : owh...member r ni eyh?? leyh r kenal-kenalkan dengan aku.. single lagi ni bro~ haha
Botak: Eyh...mane bleyh bai.. scandal aku ni~
Boroi : Scandal? Cet!!! kate pencinta setia r konon.... pirahhh~

-SITUASI 2-
Jenah : Eh, tu awek baru Botak kew? (sambil tangan sibuk menunjuk ke arah sepasang manusia)
Joyah : bukanlah... tu scandal dia jew...
Jenah : Owh..patutlah rasa macam lain jew.. sebab semalam masa kuar makan, aku nampak die dengan awek die..rasenya dat gurl lagi cun dari yang ni..
Joyah : Eh...camne plak die boleh kuar dengan awek die? Awek die kat Sabah r~
Jenah : Hah!! Sabah?? habis yang semalam tu......
*************************************************************************************

OK...dah faham apa itu scandal?? kalau x faham gak, sila berjumpa dengan pensyarah matematik anda dan tanyakan rumus untuk mengenal pasti apa itu scandal.. lalalalala~ back to da topic.. isu scandal yang aku nak bawakan ni hanyalah dikhususkan kepada 2 golongan sahaja.
1 : Mereka yang sudah mempunyai gf/bf
2 : Mereka yang masih single mingle
Ingat!! 2 golongan ini sahaja.. golongan yang telah berkahwin adalah dilarang sama sekali!!! Untuk mereka yang telah mendirikan rumah tangga ni..pada aku senang jew.. "scandal..perlu ke?" da answer is NO!! TAK PERLU!! fullstop.


-KES 1 : Mereka yang sudah mempunyai gf/bf-
ok..korang rasa kalau dah bercouple ni, perlu ke nak ada scandal bagai?? typical answer of course lah no kan.. but kenapa masih RAMAI di kalangan mereka ni yang masih mencari atau membuat scandal?? mungkin ada yang kata juz for fun... hello~ fun sangat ke kalau mainkan people's feeling?? kalau nak sangat berseronok, aku suggestkan korang pergi bertapa kat library 24 hours 7 days (tempat yang paling seronok untuk berfoya-foya..walaweh~). ermm..mungkin ada juga yang akan kata..ala, relax lah~ couple je pun..bukannya kahwin lagi.. so, let's enjoy, kumpul scandal banyak2!! kalau macam tu..buat apa korang gatal-gatal bercouple ye?? pelik33~ bukan apa..u guyz kene ingat, u r dealing with someone's feeling, not "ayam's" feeling!! and x semua orang macam anda.. ada yang serious dengan relationship diorang.. and what if those people yang serious tu is your partner?? Kesian kan~ But 1 thing that i've noticed..those yang suka berscandal ni, normally diorang akan cari scandal dari pelbagai tempat yang berlainan. For example, sorang dari Shah Alam, sorang bangi, sorang puchong etc.. Kira macam wakil kawasanlah...huhu.. why yeah?? mungkin senang kot.. kalau kebetulan ada kerja kat Shah Alam, boleh roger scandal kat situ ajak lepak.. Lusa plak ada kerja kat Puchong, so calling2 scandal kat sana pulak..hang out sama-sama.. sebab tu kew?? mungkinlah kan~ dah macam koleksi ape pulak kan...agagaga... yang funnynye with these people, bila diorang dapat tau gf/bf diorang curang a.k.a ada scandal lain..tau pulak nak bengang, geram, naik angin semua.. tapi, kalau diorang yang buat xpe pulak ye??? klaka3~ **masa bercouple pun diorang dah pandai simpan scandal, agak-agak kalau dah kahwin..boleh ke jadi setia, x cari yang lain?? fikir-fikirkan**


-KES 2 : Mereka yang masih single mingle-
Golongan ni pun ramai yang suka berscandal.. reason yang paling mungkin ialah juz for fun... kalau diz people yang cakap for fun aku macam boleh terima n x berapa nak kesah gak la kan... coz diorang xde sebarang commitment.. mungkin juga diorang suka kumpul scandal supaya senang nak pilih untuk dijadikan teman hidup kelak... mungkinkah?? tapi, kalau macam tu..kenapa perlu berscandal? kawan je x boleh ke? (scandal n kawan are two different things, in their dictionary r... tang mana yang bezanya, aku pun confius) hahaha... tapi, what if ur scandal tu sebenarnya someone's gf/bf? and da worse part is..korang dah betul-betul sayang and cair habis dengan die~ anda di pihak no 2 (kes 2) manakala si dia di pihak no 1 (kes 1).. haaaa...camne plak ye?? those yang termasuk dalam golongan ni bolehlah bagi pendapat ye...


p/s : perempuan yang baik untuk lelaki yang baik...dan sebaliknya..


NOTATANGAN :-
  • Kat mana nak cari scandal ye??? hahahahaha
  • So....perlu ke ada scandal?? *jawab26*
  • nasihat dari penaja : no scandal, no couple, no trouble!!

**inilah jadinya bila aku mula berbicara**

Monday, October 12, 2009

:: WHAT IS WRONG WITH OUR PUBLIC TRANSPORT ::

~salam to all bloggers~

en3 kali ni...aku nak ajak korang berfikir sikit.. "What's wrong with our public transport?"
I'm not sure whether there was campaign made before this to encourage people using public transport or not.. but 1 thing for sure, when we are talking about solution to face 'kesesakan lalulintas', 1 of the most famous suggestion is by using public transport. But regarding to our real situation nowadays, do you think it's such a good idea? Will people agree to use public transport? If some of you still didn't know, actually this is what happen in reality..........



*************************************************************************************
+KERETAPI TANAH MELAYU a.k.a KTM+

Have you ever been using this public transport? Are you satisfied with it? "Rancang perjalanan anda". Have you heard of this statement before? For example, if you wanna reach your destination at 4 o'clock, at least you should bertolak 2 hours before that. Dealing with KTM, can we still use this rule? Mungkin anda perlu bertolak 4 jam lebih awal (agak hiperbola di situ..anywy, do i care?? haha). Pernah tak anda berhadapan dengan kelewatan train? "Train dari Seremban mengalami kelewatan", "Tren hanya akan tiba dalam masa 60 minit", "Disebabkan kebakaran yang berlaku di stesen .... , tren ke rawang mengalami kelewatan", "Para penumpang dinasihatkan agar mencari alternatif lain".. duhhhhh~ da boring and annoying part has come!!!! what am i gonna do in dat 1 hour?? Habiskan masa dengan membaca, be a book worm?? mengusha orang lalu lalang, kaji character mereka?? Perhaps dat's da reason why Malaysian boleh jadi penyabar (yeke??).. rupanya they got special training while waiting for da public transport.. (bercakap dengan nada dan mimik muka yang sungguh menyampah!!).. Tapi, tak kurang juga yang suka menyumpah seranah when diz things happen, haaa..kan dah tambah dosa tu.. isk3~ Bila KTM dah delay, apa lagi..penumpang pun mula larh bertambah tambah tambah ramai!!! Dalam KTM, fulamak~ kalah tin sardin.. dengan macam2 baunya, x cukup oksigen.. mau pitam dibuatnya.. so, camne?? Nak salahkan siapa dalam hal ni?? Aku pun x tau... Yang aku tau, mungkin Keretapi Tanah Melayu (KTM) perlu ditukar menjadi Keretapi Terbakar, Marahnya!! (KTM jugak tu...huhuhu)


+TAXI+
Taxi ni considered as public transport juga kan?? Correct me if i'm wrong.. hehe.. Haaa~ yang ni pun satu hal... Tapi, halnya lainlah dengan KTM tadi.. kalau yang ni pun sibuk nak terbakar sana sini, tak tau lah nak cakap apa lagi.. Meter.. How many taxi use this thing? I don't know about other places, but near to UKM... aku x pernah lagi jumpa taxi yang guna meter... Agak-agak, kalau guna meter..the charge will be more or less?? *fikir-fikirkanlah* Anyway, one of my friends told me that most of the taxi nowadays didn't use petrol..but they use gas which is much more cheaper than petrol... is it true?? I don't know~ But if it's true....imagine what am i gonna say about this issue... hahaha


+LRT, MONORAIL etc except KTM+
ok..this kind of public transport..for me the service is quite ok, or mybe i can say good?? not so sure coz jarang guna this 1. But kalau naik LRT nak pergi pekeliling (amek bas ke pahang), x pernah lagi aku berhadapan dengan masalah delay or kebakaran what so ever~ korang yang selalu guna LRT or monorail...any comment??


+BAS+
Bas ni, for me not so consistent.. sometimes the service is superb!! Every half an hour you can get it.. but sometimes hancuss jugak... but tak seteruk KTM i guess~ Still considered as OK lah for bus...errmm, tapi ramai yang complaint, bila naik bus, rasa macam berada di negara asing.. haha, diz one, no comment~ but, da biggest problem regarding da bus is that..tak semua destinasi u can take bus.. kebanyakannya, need to take train 1st..then baru boleh naik bas.. so, kalau train dah problem.. apa kes??
*************************************************************************************

So, the conclusion is...... "lu pikir la sendiri" hohoho


NOTATANGAN :
  • semalam (Ahad, 11hb10), aku pergi open house di rumah cik kiah.. naik KTM beramai-ramai dengan member yang lain.. Took almost 3 hours untuk sampai ke subang jaya, gara-gara kelewatan train.. sama lamanya dengan perjalanan aku pulang ke Pahang.. *sigh*
  • Anyway, THANKS CIK KIAH for inviting us!!! Sangat best!!! weee~ \(^0^)/



**inilah jadinya bila aku mula berbicara**


Tuesday, September 29, 2009

:: TROUBLE IS A FRIEND ::

semasa b'blog walking baru-baru ini, aku terjumpa satu lagu di blog rakanku yang kiranya 'masuk' dengan jiwa aku. cewahhh~ mungkin juga ramai yang dah tahu lagu ni.. aku je kowt yang baru jumpa~ hahaha... so, aku nak share lagu ini dengan anda semua.. hayatilah lirik lagu ini k..





*sedikit kata-kata dari aku*


TROUBLE...
hidup kita ni memang tak boleh lari daripada masalah..
bohonglah kalau ada orang mengaku dia tak pernah hadapi sebarang masalah sepanjang hayatnya..
pelbagai jenis masalah wujud dalam dunia ni.. dari sekecil-kecil masalah, hinggalah sebesar-besar masalah..
ada di antara kita yang menghadapi masalah kesihatan (macam aku..baru pergi klinik homeopathy petang tadi...hihi)
ada juga yang menghadapi masalah kewangan, pelajaran, keluarga, relationship dan ada juga yang mempunyai masalah dengan diri sendiri (contohnya konflik dalaman)
pendek kata, hidup ini memang penuh dengan masalah..


Cuma terpulang kepada kita bagaimana hendak MENGHADAPI masalah2 ini..
kenapa aku cakap menghadapi bukan menyelesaikan?? bukankah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya??
ye..memang betul..setiap masalah ada penyelesaiannya..itu aku tidak nafikan..
tapi, bagi aku..kita mesti tahu bagaimana untuk menghadapi masalah ini dengan sewajarnya sebelum menemukan jalan penyelesaiannya..
bila kita tak tahu macam mana nak handle sesuatu problem, macam-macam masalah lain yang akan timbul..
lebih buruk lagi apabila ada juga yang sampai sanggup menamatkan riwayat hidup mereka gara-gara tidak sanggup berhadapan dengan masalah lagi..
mereka inilah yang menurut aku, tidak tahu bagaimana untuk menghadapi masalah...


*upss!!! ni bukan sikit lagi..dah banyak sangat dah ni..haha.. x kire!! nak sambung lagi*


beberapa TIPS yang ingin aku kongsikan bersama.. apabila berhadapan dengan masalah :
  • JANGAN LARI daripada masalah, sebaliknya berhadapanlah dengannya.
  • hadapilah sesuatu masalah itu dengan TENANG..kerana hanya dengan jiwa yang tenang, minda dapat berfungsi dengan waras..
  • always have a +VE THINKING. no matter how -ve da problem is, always turn it to da +ve way.. after all, life must go on~ hahaha
  • bila terasa diri tak mampu lagi menanggung masalah itu sendirian, ingatlah bahawa anda tidak keseorangan di dunia ini.. KONGSIkan dengan orang-orang kepercayaan, kesenangan, kesukaan dan macam-macam 'ke' lagi..huhu.. Namun, ada kalanya berkongsi masalah dengan orang yang tidak dikenali juga dapat membantu.. terpulang kepada individu tersebut.. (kalau ada yang rasa nak share problem dengan aku...silekan~ hihihi)
  • dan perkara yang PALING PENTING.. SENTIASALAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.. banyakkan berdoa. DOA ITU SENJATA ORANG MU'MIN. doa ini bukan semasa kita berhadapan dengan masalah je, sebaliknya ketika kita senang pun kita perlu berdoa. Namun, mungkin ada antara kita yang mudah berputus asa apabila merasakan doa-doa kita tidak dimakbulkan. Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa doa kita lambat dimakbulkan.. pokok pangkalnya, muhasabahlah diri.. INGAT!! Jangan pernah merasa sangsi akan kekuasaan ALLAH.. sesungguhnya ALLAH itu MAHA ADIL dan MAHA MENGASIHANI.. DIA tidak akan menguji hamba-NYA dengan dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh mereka.


Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.
Bila DIA tak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-NYA.



**inilah jadinya bila aku mula berbicara**