Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Thursday, February 4, 2010

:: JUJURLAH ::

"Berlaku jujurlah dengan ketidak-jujuran anda"

ini aku kutip dari kuliah Nuklear petang tadi..huhu..
(fura...ini je yang kau ingat? Tadi apa yang lecturer kau ajar ha??)
korang faham maksud surat menyurat tersurat dan tersirat di sebalik kata-kata pujangga ini?
kalau tak faham...jom layan~


KES 1 :

Lecturer Kesayangan : Kalau saya nak buat kuiz, boleh kamu janji yang kamu takkan meniru, takkan toleh-toleh rakan sebelah kamu?
Students Berakal : Tak boleh~

Meh aku nak bagitau : Students ni memang sangat jujur.. mengaku yang mereka tak akan berlaku jujur dalam kuiz..mesti nak tiru punya!!!
Yang tersirat bukan tersurat : Korang ni kan..kenapalah suka sangat meniru?? Ni mesti tak study ni..haish3!!


KES 2 :

Sarjan Misai :
Haaa..apa yang kamu sorokkan tu?
Muka Penyangak Handsome : Sorok ape? Yang kembung-kembung ni ke? Beras cap rambutan ni baru saya curi kat kedai Pak Sameon tadi... nak share kew sarjan?

Meh aku nak bagitau : Inilah contoh penyangak yang jujur. Kan senang kalau mengaku awal-awal. Mudah kerja En.Misai tu..
Yang tersirat bukan tersurat : Eh..kau ni ape pasallah suka mencuri ha?? Kau ingat bagus sangat ke buat macam tu? Kalau nak mencuri pun, curilah yang berbaloi-baloi-baloi sikit..ini sekampit beras tu je yang kau idam-idamkan?? haish33!!


KES 3 :

Mayat anak Pak Karim : Eh..kenapa dengan beg LV I ni? Dah bertukar warna.. semalam masa I bagi U pinjam, cantik-menarik-tertarik je..
Pasyah pakai Sandal : hah?? bertukar warna? Cantik ape I tengok.. alah, beg U tu, semalam masa I jalan-jalan kat pasar malam pakai high heels..tiba-tiba heels I patah.. nak pergi beli selipar jamban baru, I tak mampu.. so I gadailah beg LV U tu.. Ni I ganti dengan beg nenek I ye yunk..

Meh aku nak bagitau : Bagus!! Berani berlaku jujur atas kesalahan sendiri.. Keep it up lalink!!
Yang tersirat bukan tersurat : Apa ke halnya yang kau nak pergi gadai beg anak Pak Karim tu?? Mahal tu dia beli... Beg nenek kau tu, setanding ke dengan beg LV dia? haish333!!


p/s : Kes-kes-kes di atas hanyalah rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan alien mahupun avatar..

p/s/s : ambil yang jernih, buang yang keruh..


**inilah jadinya bila aku mula berbicara**

Wednesday, January 27, 2010

:: HOT3...PANAS3 ::

entry ni aku buat khas bagi menunjukkan sokongan padu kepada rakan-rakanku yang telah maju setapak kehadapan dalam usaha menjadi JUTAWAN a.k.a ORANG KAYA BARU. Mereka terdiri daripada :
  • Tuan punya kedai : Wana, awiE, Faten dan Mamai
  • Quality control : Wana, awiE, Faten dan Mamai
  • Pengurus barangan : awiE
  • Akauntan : Wana
  • Photographer : Mamai
  • Pengurus model : Faten
  • Model sepenuh masa : Cik Barbie
  • Model part time : sesiape berminat boleh pergi casting..ekeke
  • Marketing and promotion : aku!!! (tuan kedai...upahnya??)

Mereka telah memulakan perniagaan secara online secara rasminya bermula pada hari ini. Semalam aku sendiri telah pergi ber'window shopping' di bilik empunya kedai bagi melihat, memegang, merasa (dan bermacam-macam me- lagi) sendiri barang-barang jualan mereka. Ternyata semuanya cantik-cantik belaka, serta kualitinya tidak menghampakan..


Oleh itu, kepada tuan2, puan2, dato'2, datin2, tan sri, puan sri, saudara2, saudari2, akak2, adik2, abang2, makcik2, pakcik2, auntie2, uncle2 sekalian...(fuhh~) dijemput berkunjung ke
KLIK.KLIK.STORE
yang menjual pelbagai jenis barangan yang memikat hati memukau mata...serta menarik-narik tangan anda bagi mengeluarkan duit dari poket untuk membelinya.


Cepat-cepat-cepat!!! Jangan ketinggalan... Sementara stok masih ada~
PANDANG2, USHA2, KLIK2, BELI2~


p/s : lepas ni nak g tuntut gaji as part time promoter pada tuan kedai..
p/s/s : sesiapa yang nak hire me as ur promoter, sile tinggalkan pesan... anyway,
NO MONEY, NO TALK!!! hahahahaha~

Monday, January 18, 2010

:: DIAM KETIKA MAKAN ::


Ini kisah yang aku jumpa sewaktu "bersiar-siar" di internet... Semoga terhibur.. huhu



Sebuah keluarga yang terdiri daripada ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.

Anak : "Ayah, di ... "
Ayah : " Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"

Setelah selesai makan ...

Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"

Sunday, January 17, 2010

:: DID YOU KNOW? ::

  • A snail can sleep for three years.
  • Fingernails grow nearly 4 times faster than toenails.
  • The major air-polluting industries are iron, steel and cement.
  • The shortest French word with all five vowels is oiseau meaning bird.
  • The world's youngest parents were 8 and 9 and lived in China in 1910.
  • More than 50% of the people in the world have never made or received a telephone call.
  • Every year more than 2500 left handed people are killed from using right handed products.
  • American Airlines saved $40,000 in 1987 by eliminating one olive from each salad served in first-class.
  • The number of possible ways of playing the first four moves per side in a game of chess is 318,979,564,000.
  • The microwave was invented after a researcher walked by a radar tube and a chocolate bar melted in his pocket.

p/s : aku jumpa ini sewaktu sibuk mencari bahan untuk Chapter 1. Actually, there's a lot more..huhu.. BTW, don't know bout its validity.

Friday, January 1, 2010

:: JIKA AKU JATUH CINTA ::

Salam pembuka bicara...
sempena menyambut ketibaan 2010 ini, ingin daku berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan yang disayangi sekalian...
(perghhh..cam ape jew aku wat ayat skema kan.. x bleyh blah~haha)
bacalah, fahamilah dan hayatilah..............


Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-MU
untuk mencintai-MU


Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta
jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-MU


Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-MU
agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu


Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari-MU


Ya ALLAH,
sesungguhnya aku bermohon pada-MU
untuk selalui mencintai-MU


-dipetik daripada novel "SERIBU KALI SAYANG"-
-karya
ANIS AYUNI-


NOTATANGAN :
  • entry ini tidak mempunyai makna lain melainkan daku sekadar ingin berkongsi sesuatu yang kukira indah.
  • frust di awal 2010 kerana....... haish~

:: WELCOME ::


HAPPY NEW YEAR

2010




success is a journey,
not a destination..

Tuesday, December 29, 2009

:: TAHUKAH ANDA? ::

Salam semua~

Untuk entry kali ni..aku nak share dengan kawan-kawan semua...
CARA-CARA MEMBUANG NAJIS a.k.a TAHI UDANG
ini aku pelajari daripada emakku...
di mana emakku pula mempelajarinya daripadanya sebuah rancangan masakan...
OK..sila perhatikan, fahami dan amalkan selalu di rumah agar hidup lebih ceria... weeee~


1. Ini udang...ya..pasti anda kenal bukan





2. Buangkan kepala udang tersebut.. usah dibuang janggutnya sehingga togel.. dikhuatiri kelazatannya akan hilang





3. Guntingkan sedikit bahagian atas udang tersebut seperti ini.. ini bertujuan untuk memudahkan anda mengenal pasti kedudukan najisnya..
AMARAN : gunting sedikit sahaja, jagan sampai terpotong tangan mahupun najis beliau..





4. Luruskan postur udang tersebut untuk memudahkan anda menarik keluar najisnya agar tidak terputus dan tercicir di tengah jasadnya.. tarik keluar najisnya perlahan-lahan.. lakukan dengan penuh berhati-hati seolah-olah anda sedang menjawab soalan exam yang begitu susah.. usah tergopoh-gapah.. "takkan lari najis yang dicari"






5. Yeah..inilah dia rupa najis yang mendiami jasad udang tersebut.. kita berjaya mengeluarkannya kawan-kawan!! SYABAS dan TAHNIAH diucapkan!!





6. Bersihnya udang ni~ sedia untuk dimakan..eh.. masak dulu.. unless ada di antara anda yang gemar melantak udang mentah.. yummy!!! errkkk.. -_-"





NOTATANGAN :
  • usah tanyakan padaku hukum mahupun manfaat membuang najis udang ini.. kerana aku kurang arif.. tanyakan pada yang pakar..

Monday, November 16, 2009

:: KENAPA......?? ::


terbaca sesuatu yang best kat blog my friend. FARAH, ak copy paste yeeee~ hehe.. n_n


Kenapa ALLAH menemukan kite dengan orang yang salah???
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
tak sangka kan? terasa indah je reasons nya...huhu.. before ni tak pernah terfikir pasal jawapan2 ni. wuteva it is, doala byk2 supaya kita ditemukan dengan jodoh yang terbaik. AMIN =)