Showing posts with label arghh...malunya~. Show all posts
Showing posts with label arghh...malunya~. Show all posts

Monday, February 1, 2010

:: MUAHH? ::

eiii..geli3~ geli geleman... waaaa!!!
hahahahahahaha... ini kisah memalukan aku yang pertama untuk feb 2010.
ok...al-kisah bermula dengan satu message...

"Miza, happy birthday.. miz u.. muahhh!!"


aku hantar mesej tu khas buat roommate aku masa kat matrik dulu..
dalam simpanan aku, ada dua nombor. 1 maxis, 1 celcom...
so, aku antar kat both number coz i'm not so sure which 1 yang still active...
few minutes later, I got a call from a celcom number...which I guess is Miza's number...
but yang peliknya, kenapa tak keluar nama pemanggil? cuma keluar nombornya sahaja..
tanpa mengesyaki apa-apa, aku dengan bahagianya answer that call....
dalam hati macam berkata-kata, "eyh..rajinnya miza call maxis aku..huhu"

aku tekan je button hijau, kedengaranlah suara seorang lelaki yang pada telinga aku bunyinya macam suara "orang yang berusia" atau senang cerita...seorang PAKCIK!!
waaaa!!! dalam hati aku masa tu.. "iskk..aku hantar mesej kat orang yang salah ke?? adoiyai~"
antara butir-butir perbualan kami ialah... (iskk..kami?? erkkk~)

Miza Palsu : Hello... hello....
Pesalah : Hello...ye, nak cakap dengan sape? (cewah~ skema lak aihh aku..)
Miza Palsu : Ni sape nih?
(haishh...aku pantang betul kalau orang call aku tanya soalan ni)
Pesalah : Nak cakap dengan sape ni?
Miza Palsu : Ni sape ni? Ni tadi ada antar mesej birthday kat miza kan...
Pesalah : Eyh..ni bukan nombor miza kew?? (nada gelabah dan bersalah) Mintak maaflah.. salah nomborlah kot.... maaflah yew...
Miza Palsu : tak kanlah banyak kali salah nombor....
(aik..bila masa pulak aku banyak kali mesej pakcik ni?? musykil aku~)
Pesalah : Betul~ salah nomborlah ni... dulu memang saya mesej kawan saya pakai nombor ni.. bla3....
(jenuh plak nk terang kat miza palsu nih..haish33.. ingatkan dia akan tamatkanlah perbualan..rupa-rupanya ........ aiyo~)

Miza Palsu : Ni sape ni?
Pesalah : hah?? saya kawan miza tu lah... (macam dah bengang2 sikit aku menjawab)
Miza Palsu : Nama apa?
(haishh..pakcik ni.. lebey2 plak dia~)
Pesalah : Nama? eyh..x perlulah kowt saya bagitau...
Miza Palsu : Dok mana nih?
(grrrr..time ni memang dh betul-betul geram... kan aku dah cakap salah nombor tadi.. siap mintak maaf lagi.. sikit punya baik aku nih tau..cewah~)
Pesalah : Eyh...xpelah...xpe... saya mintak maaflah yew... salah hantar mesej.. k, bye.. salam~
(pap!! letak tepon...hahahaha.. puas hati!!)

Lepas dah letak tu...baru terasa sangat malu dan geli....
bila teringat semula mesej aku yang ada "muahhh" tu...
waaaa!!!! giler kental aku mesej macam tu.... erkkkk~


NOTATANGAN :
  • miza reply mesej yang maxis...aku story kat die apa dah jadi.. ade kew patut die boleh kata, "jodoh aku kot tu~".. haishh33~ tak sayang mulut betul makcik tu tau~ mintak dijauhkan...

MORAL OF THE STORY : jangan suka-suki nak "muahhh3" dalam mesej...

Monday, November 2, 2009

:: MAHU TAPI MALU ::

Apa yang mahunya? Apa pula yang malunya? Mahu tapi malu? Kalau dah mahu, janganlah malu.. Kalau dah tau malu, janganlah ada kemahuan pula... (OK!! budak ni dah start merapu). Back to the real topic.. MAHU TAPI MALU? Entry kali ini sebenarnya hanyalah berkisarkan mee segera.. Ingat ye kawan-kawan..MEE SEGERA OK!! Bukannya mee goreng mamak atau mee hailam atau mee kungfu atau mee ladna atau....cut it off!!!



Kenal figure di sebelah ini? Apa?? X kenal? Kesian~
Pernah makan MEE SEGERA? Sedap? X sedap? Biasa-biasa aje? OK, x perlu bagi jawapan SEGERA...
Rasanya semua orang ada pengalaman makan mee segera bukan? Kalau ada yang tak pernah sentuh makanan ini, BAGUS!!! Malangnya, aku bukan dalam golongan yang "bagus" itu... so, kepada sesiapa yang pernah "berscandal" dengan mee segera... mari kita bercerita tentang PENGALAMAN MAKAN MEE SEGERA.. hohoho


Lahir je ke dunia yang fana ini..aku terus kenal mee segera..(OK, bohong~).. Biasanya kita tak kata "weh, jom makan MEE SEGERA", tapi kita akan kata "Mari makan MAGGI beramai-ramai".. Padahal MAGGI itu satu jenama bukan? Mungkin disebabkan kita begitu sinonim dengan jenama tersebut..maka kita senang untuk menggelarkan semua mee segera sebagai maggi.. Tak kesahlah kalaupun waktu itu kita sedang enak melantak mee segera jenama CINTAN, MAMEE atau ADABI yang dimasak oleh rakan kita yang baik budi pekertinya..kita tetap akan berkata "aku tengah makan maggi ni..sila jangan ganggu!!" Anyway,ini bukan pengalaman aku..ini pengalaman semua pemakan mee segera...


Masa sekolah menengah dulu, kehidupan di asrama kadang-kadang menjadikan aku dan mee segera rakan x berapa nak karib.. Bila malam perut terasa lapar, mee segera menjadi tempat mengadu..(tulah..orang suruh turun makan malam kat dewan makan tak nak..rasakan!!).. Tapi, tidak selalunya aku begitu...maksudnya, aku tak adalah kerap sangat makan mee segera.. sebab memang tak bagus pun makan mee segera ni kan.. ke, ada sesiapa yang mendapat info mengatakan mee segera ni bagus untuk otak..atau mungkin untuk tulang?? sesiapa yang ada info sedemikian, bolehlah dial 1-800-koingatakunakpercaya... semua orang tahu mee segera tidak bagus, tapi mee segera masih lagi dapat dicari dalam almari a.k.a stor makanan kita.. why33?? OK..jawab sendiri..


Aku sebenarnya hanya ingin berkongsi salah satu perkara memalukan yang kadang-kala aku buat tanpa segan silu selain daripada perkara-perkara memalukan yang lain.. (anda faham ayat ini?? bagus~).. MAKAN MEE SEGERA...aku sangat malu tiap kali ingin menjamah makanan yang satu ini.. Kalau kat sekolah dulu, bila ada member nak makan mee segera...barulah aku akan makan.. itupun mata akan melilau ke sana sini.."Eh..ada orang nampak tak aku nak makan maggi ni??".. Masuk matrik, U...perkara yang sama masih berlaku padaku.. kalau nak beli maggi di kedai runcit/7e/di mana-mana sahaja...aku juga akan berasa malu.. Kenapa ye?? errmm..aku rasa mungkin disebabkan oleh "manfaat" yang boleh didapati dari mee segera tersebut yang menjadikan aku begitu.. dah tahu tak bagus, tapi masih mahu makan.. secara tak langsung, perasaan ini menjadikan aku dan mee segera tidak berkawan rapat..bila tersedak..eh, silap.. terdesak je aku akan cari mee segera..hihi..


Tapi, ada 1 tempat yang aku dapat makan mee segera dengan sungguh bahagia tanpa rasa bersalah.. guess where?? MY HOME!!! agagaga~ kalau kat rumah, lain pula ceritanya.. aku akan makan mee segera dengan bangganya sambil menayang pada adik-adikku dan berkata dalam hati, "akak ada maggi..sape nak makan, boleh mintak..tapi jangan harap akak nak kasi!! hahaha".. OK!! dalam hati je boleh kata begitu..sebab bila mereka mula buat muka kesian..aku tak sampai hati.. huhuhuhu.. adik aku yang kecik sangat suka makan mee segera.. puas aku melarang..tapi degil!! mana boleh makan mee segera hari-hari.. aku cakap kat dia, boleh makan 2 bulan sekali je... tapi, bila dia berdegil nak makan and 3 hari selepas itu my dad buatkan dia mee segera...aku mula join da club... wahahahaha... x patot~ x patot~


NOTATANGAN:
  • Perasaan korang bila mahu "berscandal" dengan mee segera... bahagia? sengsara? atau malu juga sepertiku?
  • Mee segera sekarang telah "dieksploitasi" menjadi pizza maggi, murtabak maggi dsb..
  • Terasa ingin berbicara soal mee segera selepas menjamahnya sebentar tadi.. perut lapar tapi malas untuk turun ke cafe.. buka loker jumpa 1 paket CINTAN KARI LAKSA. check expiry date, masih OK!! wuuu~ T__T

**inilah jadinya bila aku mula berbicara**

Tuesday, October 27, 2009

:: APA BENDA YANG COLOUR MERAH TU?? ::

Alhamdulillah....
1 paper dah habis..
-Statistik Perubatan & Sosial-

4 more to go... agagaga.. banyak lagi tu...


nak story sikit jew pasal exam tadi...
aku telah bikin malu... malu sendiri jew.. huhuhu
10 minit terakhir, baru nak jawab last question..
waaaa!!! confirm t'ketar2 gilerr time tu coz tau x kan sempat..
MASA DAH TAMAT!!! but ak still dengan gigih dok mengira...
pedulikan suara2 pengawas peperiksaan yang dah suruh menghantar jawapan...
owh..memandangkan semua orang sudah bangun..maka aku pun hantarlah juga...hihi..
ok..bukan itu part memalukannya ye..hehe...


Keluar dari dewan peperiksaan, aku menyertai rakan-rakan lain...
masing-masing sibuk mengomel kata masa tak cukup... memang pun!! waa!!!
mungkin patut tambah lagi 1/2 jam... ekekekeke...
(anyway, benda dah lepas kan..)

tamat sesi berborak...nak bergerak ke cafe... then, baru aku terperasan sesuatu...
apakah benda colour merah ni?? haaa..jangan fikir benda lain!!!
benda merah ni melekat kat tangan aku....
waaaa!!! aku TERBAWA KELUAR BUKU SIFIR STATISTIK dari dewan peperiksaan... hua9...
gelabah punya pasal ah tu... habis semua barang aku nak angkut keluar...
nasib baik tak terangkut kertas jawapan... kalau tak... pew cite?? agagagaga~


NOTATANGAN :
  • berusahalah untuk next paper (29hb).. go go gurl!!! u can do it!! ahaks~
  • mau keluar makan di Cempaka Klasik 4 da 1st time.. hope x mengecewakan.. heee~ jom22!!!


**inilah jadinya bila aku mula berbicara**

Thursday, September 3, 2009

:: FURA...ANDA MEMANG SUKA BIKIN MALU ::

Petang tadi aku g jumpa Prof Mahir...
minta pengesahan salinan kad matrik..
then, turun kaunter PPSM...
nak minta cop yang ada tulis "Saya mengesahkan bahawa ....."


MyEm0.Com
1st, nampak Dr Zaidi kat kaunter...so x jadi g...
2nd, nampak lak Prof Najib...aku patah balik...
beselarh...aku kan pemalu orangnya...
ahaks~ x menahan...haha
3rd baru larh line clear...wawawa
ada En. Fendi kat situ...
so, aku pun dengan yakinnya menghampiri kaunter...



"Assalamualaikum pakcik... ada x..ermmm.."
x sempat menghabiskan ayat, tetibe...
"Haa...w'salam makcik... nak apa?"
Aiyark!!!! aku tersilap cakap lah pulak..
pakcik?? makcik?? adess~
relax2...cool fura.. cool~
so, aku pun wat muka x bersalah
ala2 x faham dah kena perli dengan En. Fendi..
lalalalalala~
MyEm0.Com



"Saya nak cop ni...(bla3)"
En. Fendi pun ambil salinan kad matrik aku..nak cop..
tapi, sempat lagi dia belek-belek and cakap...
"Makcik ni orang mana? Melaka?"
"Eh..x... Saya orang Pahang"
"Owh..pahang kat mana?"
"Jengka 2"
Adoyai~ Sempat lagi En. Fendi perli aku...
Malu gilak!! Sogan33~



MyEm0.Com
Sabo je larh....
tu lah...lain kali, mulut tu jangan celupar sangat!!
hati-hati bila bercakap....
kan dah kena....
sadis3~



MORAL OF THE STORY :
  • Selalulah berbudi bahasa apabila berkata-kata
  • Pastikan anda menggunakan kata ganti nama yang sesuai. Kalau kurang pasti, sila rujuk guru BM anda masa sekolah dulu..lalalala~


NOTATANGAN :
aku dapat kuiz falsafah.. kena antr next week.. soalannya :
"bincangkan makna logik kabur"
jawab sebanyak 2 m/s... waaaaa!!!! any idea??


**inilah jadinya bila aku mula berbicara**

Wednesday, August 5, 2009

:: NANTI..NANTI.. AKUKAH YANG BERSALAH ::



TeMpaT keJadiAn :
buS st0p KKM
MaSa KetiBaaN : 1.30 ptG (waKtu M'siA)
PeLak0N uTamA : aKu
PeLakoN p'baNtu : pAkciK a.k.a dRiveR baS
TuruT diBanTu oLeH : buDaK2 KKM yG t'pAksE naeK buS cOz xdE trAnspoRt laEn

"NaNti2.."

tU r aYaT yG akU deNgaR paKciK baS tU jEriT(meLEbey2 sKet) b4 aKu twOn dR baS Tadi..


sEbELah kaKi akU daH mEnaPAk LuaR bAs, sEbELah laGi t'TinGGaL laM baS.


BaS mULa b'GerAk PeRLAhan2..


KaKi aKu yG 1 Lagi DaH GeLabaH..tAkoT diBaWa LaRi oLeH paKciK bAs..


"LorR..GEraK Lagi BAs ni..PakcIk ni LuPE teKAn bREk ke aPe?"



Owh..rP2nYe "NANTI2" tu PakciK 2 tuJukaN kaT aku..diE sOh aKu rELax Lu..jGn twOn lg..diE nAk paRkinG dPn sKEt..


MaNe r Aku tau..sBB dR akU mULa naiK baS, saMpaI r baS daH smPai ke DestiNAsi yG d Tuju..paKciK 2 asYik boRaK ngN meMbeR diE..sO, aKu igTkn paKciK 2 caKap "NANTI2" tU kaT mEmbEr diE r..


DeNGan MukE yG tEbAL 1/2 iNc...aKu meNEruSkaN peRjaLAnaN mEnuJu kE bLokKu dNgN LAngKah yG cuKuP yaKiN.. NiaT aSaL naK SinGGAh caFe t'PAksA diBAtaLkaN keRaNa maLu yG t'aMat..


AkhiRnYA..LunChKu haNyaLaH di biLik bErSaMa RoTi BuTTeRScoTcH~


PENGAJARANNYA : X yaH r NaeK baS..jaLaN kaKi jeW..exErcisE sKet~

**inilah jadinya bila aku mula berbicara**