Kenal figure di sebelah ini? Apa?? X kenal? Kesian~
Pernah makan MEE SEGERA? Sedap? X sedap? Biasa-biasa aje? OK, x perlu bagi jawapan SEGERA...
Rasanya semua orang ada pengalaman makan mee segera bukan? Kalau ada yang tak pernah sentuh makanan ini, BAGUS!!! Malangnya, aku bukan dalam golongan yang "bagus" itu... so, kepada sesiapa yang pernah "berscandal" dengan mee segera... mari kita bercerita tentang PENGALAMAN MAKAN MEE SEGERA.. hohoho
Lahir je ke dunia yang fana ini..aku terus kenal mee segera..(OK, bohong~).. Biasanya kita tak kata "weh, jom makan MEE SEGERA", tapi kita akan kata "Mari makan MAGGI beramai-ramai".. Padahal MAGGI itu satu jenama bukan? Mungkin disebabkan kita begitu sinonim dengan jenama tersebut..maka kita senang untuk menggelarkan semua mee segera sebagai maggi.. Tak kesahlah kalaupun waktu itu kita sedang enak melantak mee segera jenama CINTAN, MAMEE atau ADABI yang dimasak oleh rakan kita yang baik budi pekertinya..kita tetap akan berkata "aku tengah makan maggi ni..sila jangan ganggu!!" Anyway,ini bukan pengalaman aku..ini pengalaman semua pemakan mee segera...
Masa sekolah menengah dulu, kehidupan di asrama kadang-kadang menjadikan aku dan mee segera rakan x berapa nak karib.. Bila malam perut terasa lapar, mee segera menjadi tempat mengadu..(tulah..orang suruh turun makan malam kat dewan makan tak nak..rasakan!!).. Tapi, tidak selalunya aku begitu...maksudnya, aku tak adalah kerap sangat makan mee segera.. sebab memang tak bagus pun makan mee segera ni kan.. ke, ada sesiapa yang mendapat info mengatakan mee segera ni bagus untuk otak..atau mungkin untuk tulang?? sesiapa yang ada info sedemikian, bolehlah dial 1-800-koingatakunakpercaya... semua orang tahu mee segera tidak bagus, tapi mee segera masih lagi dapat dicari dalam almari a.k.a stor makanan kita.. why33?? OK..jawab sendiri..
Aku sebenarnya hanya ingin berkongsi salah satu perkara memalukan yang kadang-kala aku buat tanpa segan silu selain daripada perkara-perkara memalukan yang lain.. (anda faham ayat ini?? bagus~).. MAKAN MEE SEGERA...aku sangat malu tiap kali ingin menjamah makanan yang satu ini.. Kalau kat sekolah dulu, bila ada member nak makan mee segera...barulah aku akan makan.. itupun mata akan melilau ke sana sini.."Eh..ada orang nampak tak aku nak makan maggi ni??".. Masuk matrik, U...perkara yang sama masih berlaku padaku.. kalau nak beli maggi di kedai runcit/7e/di mana-mana sahaja...aku juga akan berasa malu.. Kenapa ye?? errmm..aku rasa mungkin disebabkan oleh "manfaat" yang boleh didapati dari mee segera tersebut yang menjadikan aku begitu.. dah tahu tak bagus, tapi masih mahu makan.. secara tak langsung, perasaan ini menjadikan aku dan mee segera tidak berkawan rapat..bila tersedak..eh, silap.. terdesak je aku akan cari mee segera..hihi..
Tapi, ada 1 tempat yang aku dapat makan mee segera dengan sungguh bahagia tanpa rasa bersalah.. guess where?? MY HOME!!! agagaga~ kalau kat rumah, lain pula ceritanya.. aku akan makan mee segera dengan bangganya sambil menayang pada adik-adikku dan berkata dalam hati, "akak ada maggi..sape nak makan, boleh mintak..tapi jangan harap akak nak kasi!! hahaha".. OK!! dalam hati je boleh kata begitu..sebab bila mereka mula buat muka kesian..aku tak sampai hati.. huhuhuhu.. adik aku yang kecik sangat suka makan mee segera.. puas aku melarang..tapi degil!! mana boleh makan mee segera hari-hari.. aku cakap kat dia, boleh makan 2 bulan sekali je... tapi, bila dia berdegil nak makan and 3 hari selepas itu my dad buatkan dia mee segera...aku mula join da club... wahahahaha... x patot~ x patot~
NOTATANGAN:
- Perasaan korang bila mahu "berscandal" dengan mee segera... bahagia? sengsara? atau malu juga sepertiku?
- Mee segera sekarang telah "dieksploitasi" menjadi pizza maggi, murtabak maggi dsb..
- Terasa ingin berbicara soal mee segera selepas menjamahnya sebentar tadi.. perut lapar tapi malas untuk turun ke cafe.. buka loker jumpa 1 paket CINTAN KARI LAKSA. check expiry date, masih OK!! wuuu~ T__T
**inilah jadinya bila aku mula berbicara**
4 comments:
haha,
mee segera boleh dijadikan entri blog sebanyak 3 ms.
aku sgt kagum.
nk wat palang2 tuh, ko wat camni.
< s>ape2 perkataan< /s>
ko tulis jek kt compose, xperlu nak edit kt tab edit html.
ade paham?
eh, fura,
ko jgn ade space taw in between <> tuh. aku terpaxe letak space sbb ade error td.
okies!!!
akan ku praktikkan nnti..heeee~
thanks achap....
n_n
ak rs makan je la..jnji halal..hehehe
lps mkn yg pnting bersyukur kehadrat ilahi coz
bg rezeki tok beli manggi 2..
-Lala everything is ok-
bestnyo dpt mkn MAGGI GORENG MAMAK..
Post a Comment