Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Disebabkan Candy Crush kata "no more lives", maka mari kita menconteng sebentar blog ini.
Membuka pekung di dada, al-kisahnya saya, eh..aku.. (eh, saya ke aku? ok.apa-apa je lah~) ni sebenarnya agak beremosi (tapi bukan ke memang semua orang beremosi?). Saya bawakan 2 kisah. 2 sahaja cukuplah~
EMOSI-nya saya :
Kalau orang buat sesuatu yang tidak kena di hati dan mata, rasa geram je. Ambil contoh, students.
Kita kata masa test tak boleh bercakap, jeling2 kawan..dia buat juga. Ok, hati rasa geram ni, tapi otak masih berfikir-fikir, "Nak marah ke tidak ni? marak ke tidak? Karang kalau tak marah, diorang ingat ok je buat macam tu. Tapi karang kalau marah, mulalah lepas tu rasa bersalah sampai tak boleh tidur, tak boleh buat kerja, tak lalu makan. Haishhh..payah, payah~". And yes, pernah terjadi suatu ketika, saya telah menegur dua orang pelajar yang pada mata saya, nampak jelasnya sedang bercakap ketika test. Asalnya cuma nak pura-pura marah, tapi tak sangka boleh termarah betul-betul. Surprisingly, one of them macam rebel, terus hantar paper test walaupun belum siap jawab dan masa berbaki kira-kira 1 jam lebih. Rasa bersalah tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam hati disebabkan telah memarahi pelajar yang saya kira telah melanggar syarat-syarat menduduki test. Terus 3 hari rasa serba tak kena. Isk, tak suka! Tak suka! Tak suka! Salah saya ke? Lantas bagaimana saya lihat segelintir pendidik boleh bersifat sangat garang dengan mengherdik pelajar-pelajarnya? Tak kanlah mereka rasa serba salah sepanjang tahun? Musykil sebentar~
EMOSI-nya saya :
Suatu ketika di kala Aidilfitri mahu menjelma, saya dikejutkan dengan kehadiran surat panggilan semula penempatan PLKN bagi pelatih yang membuat penangguhan (it has been almost 6 years since I've joined PLKN for 6 days and terpaksa buat penangguhan kerana menyambung degree). 6 years OK! 6 years! and PLKN at the age of 24? siapa yang tidak beremosi agak2? Ok, tak pe..cool~ cool~
Maka bermulalah episod call-mengecall operator bagi bertanyakan beberapa soalan. At first, panggilan pertama dibuat betul2 sehari selepas surat diterima. Kiranya emosi masih belum stabil. Cuma ayat-ayat biasa yang saya gunakan untuk bertanya, tapi mungkin nadanya kedengaran cukup beremosi, maka pihak di sana juga kedengaran sedikit beremosi. Ok, selesai panggilan, rasa bersalah pula...kenapa pula harus beremosi dengan operator tu? Bukannya dia ada buat apa-apa salah, ye dak?
The next day, or day after the next day (lupalah tu), saya membuat satu lagi panggilan untuk mendapatkan lebih pencerahan. Masa ni hati sudah boleh menerima situasi yang terjadi, emosi sudah makin terkawal. Panggilan bersambut, pertanyaan diajukan, semuanya dalam keadaan terkawal. Solusi sudah dicapai, siap boleh bergurau di akhir panggilan dengan operator berkenaan, yang mana gurauannya kira-kira berbunyi :
"Ok...means solutionnya sekarang ni, saya buat surat mohon melanjutkan penangguhan, then kahwin cepat-cepatlah lah ye...(gelak bersama operator)". Haaa..nampak tak bezanya di situ?
"Apabila emosi berjaya dikawal, tingkah laku dan percakapan juga secara automatik akan terkawal. Tapi jika kita dikawal emosi, maka apa jadinya?" Fikir-fikirkanlah~
Notatangan :
- Pernah beremosi (baca: marah) ketika menunggu makanan di pesta konvo suatu ketika dahulu. Kawan-kawan lain semua dah dapat makanan, dah siap makan pun, bahkan orang meja berdekatan yang baru sampai pun dah dapat makanan yang dipesan, tapi kita ni masih menunggu ibarat "menunggu bulan jatuh ke riba". Beremosi (baca: marah) tak terkata sampai termenangis! (Memang pun langsung tidak terluah dengan kata-kata) Makan bertemankan ayaq mata lah habaq hang lepaih tu... Well, nak buat macam mana. That is me~