Tuesday, October 22, 2013

:: APA SUDAH JADI? PLAY YOUR ROLE EVERYONE! ::



Assalamualaikum sekalian pembaca (jika ada)


Sekadar ingin mencoret sedikit kisah semalam, lewat meeting exam bersama para pendidik sempena membincangkan keputusan peperiksaan para pelajar.

"Uish, it's P&C... Yes, I know...bukan nak membocorkan apa2 rahsia. Sekadar berkongsi satu fakta yang saya kira harus diberi perhatian serius oleh segenap lapisan masyarakat, walau siapa pun anda. Ya, ini PENTING! Sangat~"


Di tempat saya berkhidmat menabur bakti, para pelajar wajib mengambil subjek agama. Ini adalah salah satu subjek yang mana most of the lecturers will be surprised if the failure rate is high..ok, not to mention about the rates, adalah menjadi kemusykilan juga sekiranya ada pelajar yang gagal. At least for me, I will be surprised. (Saya bukanlah bijak pandai agama, tapi anda akan faham setelah menyelami isi penulisan saya. InsyaAllah) 

Dipendekkan cerita, pengerusi yang mempengerusikan ok, ini semua orang tahu perjumpaan membangkitkan persoalan : "Mengapa ramai pelajar2 yang gagal subjek tersebut, bahkan ada di antara mereka yang score subjek lain seperti Maths, tapi terkandas bagi subjek agama?" (Oh yeah, just for the record, this subject is just for Muslims)

Maka bangkitlah seorang ustazah mewakili rakan-rakan pendidik yang lain bagi memberi sedikit pencerahan berhubung perkara tersebut.

Kata beliau (mungkin ayatnya sedikit berbeza dengan penerangan sebenar): "Penilaian bagi subjek ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya, amali solat macam sekolah dululah, bacaan Al-Quran dan ia bukanlah berbentuk hafazan, cukup sekadar membaca 4 Qul dengan tajwid yang betul, kemudian ada juga tugasan, pembentangan dan sebagainya. Tiada final exam. Pelajar juga telah dimaklumkan awal berkenaan amali solat dan juga bacaan 4 Qul..kira-kira sebulan awal. Datanglah berjumpa ustaz/ustazah apabila telah bersedia."

Apa yang menjadi masalah ialah apabila pelajar2 berkenaan tidak memunculkan diri sehinggalah tamat tempoh penilaian. Nah, sekarang bayangkan jika anda adalah mereka. Apa yang menyebabkan anda enggan melalui proses penilaian? Bukankah sebagai seorang Muslim sejak lahir (most of them), ini adalah rutin harian anda? Lantas, di mana duduk letak masalahnya? Fikir-fikirkanlah~

Kata ustazah tersebut lagi, ada sebahagian daripada mereka yang memang telah menghafal 4 Qul sejak kecil, apabila datang memperdengarkan bacaan, maka terdapat sedikit kesalahan pada bacaan tajwidnya, lalu diperbetulkan. Pada hemat anda, apa yang terjadi? Ya...hafalan mula berterabur. Hilang semua ayat-ayat yang dihafal sejak kecil..dan ya lagi, it's surah 4 Qul. Bukan Surah As-Sajadah mahupun Al-Waqiah. (Di sini hati sudah mula terusik...ditambah dengan lenggok bahasa Ustazah yang bercakap, seolah-olah mengajak semua pendengar ikut sama merasakan apa yang beliau rasa)

Tambah beliau lagi, ada juga pelajar yang tidak boleh membaca kerana tidak kenal huruf. Bukan huruf rumi yang saya perkatakan, tapi kalam-kalam dalam Al-Quran itu. Hati bertambah-tambah sayu mendengar bicara yang satu ini. Lantas saya berbisik dengan teman di sebelah, "Kak, sedihnya lah kalau kita jadi orang yang mengajar tu kan....".

Mungkin telah menjadi lumrah bagi kebanyakan semua pendidik untuk merasa simpati dan kasihan dengan pelajar2 yang tidak mampu untuk perform dalam subjek yang diajar. Lebih-lebih lagi jika pada hemat pendidik tersebut, topik yang diajar adalah sangat senang (bagi kes saya yang mengajar Maths, topik tambah tolak darab bahagi, inequalities, log etc which is the simplest one) dan pelajar berkenaan rajin berusaha. Memang sangat kasihan~ Itu baru untuk subjek yang boleh dikatakan bersifat duniawi secara kasarnya. Maka tidak dapat saya bayangkan berapakah tahap kesedihan yang bakal saya lalui jika mengajar pula perkara-perkara berkait solat dan bacaan Al-Quran.

Apa ertinya IC warna biru yang tercatat "Islam" itu jika tidak tahu bersolat, tidak mengenal kalam-kalam Allah? Jika usia baru mencecah 10 tahun mungkin masih boleh difahami, tapi jika usia sudah menjangkau 20 bagaimana? Lihat sekeliling kita, berapa ramai di antara ahli keluarga, sahabat handai kita yang tidak pernah menyentuh sejadah? Atau mungkin suatu masa dahulu pernah, namun tiba2 semuanya ghaib? Tahu sahaja tidak cukup jika tidak diamalkan. Bukankah solat itu tiang agama? Nah, bagaimana pula mahu bersolat jika tidak mengenal kalam Allah? Fikir-fikirkanlah~

Berbalik kepada kisah saya tadi, tambah menyedihkan apabila ada pelajar yang excellent dalam semua subjek yang diambil, tapi gagal subjek agama? Kita tidak mahu melahirkan insan yang hanya hebat pada kerjayanya, tapi goyah pegangan agamanya. Tidak, bukan ini yang kami pendidik harapkan. Saya pasti, bukan itu juga yang ibu bapa harapkan daripada anak-anak mereka...

Justeru, siapa yang harus bertindak sekarang? Saya tidak mahu menoleh ke belakang, berbalah-balah menyalahkan mana-mana pihak. Memang benar kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya", tapi tidak bermakna rebung yang dah bertukar jadi buluh (eh...betul ke ni???) sudah tidak berguna lagi. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu belum ada istilah terlambat... Ambil saja iktibar dari kisah "PROF DR MUHD KAMIL IBRAHIM" yang memulakan penghijrahan beliau di kala umur hampir mencecah separuh abad.

Ya, masih belum terlambat~

So, everyone...LET'S PLAY OUR ROLE!


Notatangan:

  • Masih berhasrat menyambung bicara berkisar perihal ini...tapi nantilah.. mungkin esok lusa.
  • Antara ibu bapa, pendidik, masyarakat sekeliling....siapa yang harus mainkan peranan?
  • Terima kasih kerana sudi membaca entry yang panjang berjela ini.... cis, perasan lagi konon2 ada yang baca.

1 comment:

Post a Comment