Tuesday, February 2, 2010

:: AYAM VS ITIK ::

Pernah tak, bila korang berborak dengan seseorang...
Korang rasa macam "ayam dengan itik sedang bercakap"?
(kau ni fura~ dah macam penternak ayam ngan itik berjaya.. macam master je kan perihal haiwan-haiwan tersebut~)
Korang cakap lain, dia cakap lain...
kadang-kadang boleh jadi confius...
haish33~

Pernah tak, masa "ayam dengan itik sedang bercakap"...
Tiba-tiba-tiba "ayam" minta izin nak mengorat si "itik"?
Itik nak jawab apa ye?
Itik tak berapa kenal ayam~
Ayam baru je kenal dengan itik~
Boleh percaya ke "ayam dan itik" ni?
Macam mana pula "ayam" boleh terfikir nak mengorat "itik"?
Apa menariknya "itik" tu di mata "ayam"?
Dah lah berlainan spesies~
hurmmmm.....
Korang rasa macam mana?


p/s : seronok kan bila dapat mengorat mengarut panjang-panjang-panjang-berjela-jela

Monday, February 1, 2010

:: HIDUP TIDAK SEMPURNA? ::

Adakah anda bersetuju andai aku mengatakan bahawa hidup ini tidak selalunya indah?
Tidak selalunya sempurna?
Malah, kadang-kadang ianya penuh dengan ketidaksempurnaan.

Ketidaksempurnaan itu sebenarnya adalah satu ujian, satu dugaan..
Ketidaksempurnaan itu adalah untuk menguji tahap kesabaran kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir..
Ketidaksempurnaan itu juga seringkali menguji tahap keutuhan sesebuah perhubungan..
Yang penting, jangan cepat melatah!!

Semuanya terpulang kepada diri kita..
Bagaimana untuk berhadapan dengan ketidaksempurnaan itu..
Sama ada kita mahu melihatnya dari sudut yang positif, atau dari sudut yang negatif..
Adakalanya yang negatif itu perlu kita ubah menjadi sesuatu yang positif..
Mungkin juga kepada sesuatu yang boleh menjadikan kita lebih positif..
Pokok pangkalnya berbalik kepada diri kita sendiri.

Sebagai manusia kita memang sering mengharapkan kesempurnaan..
Namun adakalanya kita perlu belajar menerima ketidaksempurnaan..
Belajar memperbaiki ketidaksempurnaan itu..
Bukannya menghukum mahupun mengabaikan ketidaksempunaan itu..
Kerana pada aku, demikianlah hidup ini diciptakan.

Hati kita mungkin berhadapan dengan ketidakpuasan apabila apa yang diingini tidak sama seperti apa yang diperolehi..
Sudah menjadi lumrah manusia untuk cuba mencari di mana letaknya punca masalah tersebut..
Kerana manusia ini sememangnya mempunyai sifat ingin tahu yang cukup tinggi..
Tidak salah mempersoalkan, cuma biarlah kena pada tempatnya dan dengan cara yang betul.

Kita perlu yakin bahawa semua orang telah cuba untuk melakukan yang terbaik..
Telah cuba untuk menjadi yang terbaik..
Telah berusaha ke arah kebaikan..
Kerana sudah menjadi lumrah, setiap individu mahukan yang terbaik.

Aku tahu memang senang berkata-kata..
Yang melihat tidak sama dengan yang merasa..
Aku tahu itu!!
Tapi, bukankah minda dapat berfikir dengan waras apabila emosi dalam keadaan stabil?
Kerana Syaitan itu ada di mana-mana..
Menantikan terbukanya pintu-pintu kemarahan bagi menghasut anak ADAM..
Maka beristighfarlah kita senantiasa, di kala senang mahupun susah.


NOTATANGAN :
  • Peringatan ini untuk semua. Untuk aku, kau, dia, kamu dan mereka.
  • Andai ada tersilap di mana-mana, jangan segan silu untuk membetulkannya.

**inilah jadinya bila aku mula berbicara**

:: MUAHH? ::

eiii..geli3~ geli geleman... waaaa!!!
hahahahahahaha... ini kisah memalukan aku yang pertama untuk feb 2010.
ok...al-kisah bermula dengan satu message...

"Miza, happy birthday.. miz u.. muahhh!!"


aku hantar mesej tu khas buat roommate aku masa kat matrik dulu..
dalam simpanan aku, ada dua nombor. 1 maxis, 1 celcom...
so, aku antar kat both number coz i'm not so sure which 1 yang still active...
few minutes later, I got a call from a celcom number...which I guess is Miza's number...
but yang peliknya, kenapa tak keluar nama pemanggil? cuma keluar nombornya sahaja..
tanpa mengesyaki apa-apa, aku dengan bahagianya answer that call....
dalam hati macam berkata-kata, "eyh..rajinnya miza call maxis aku..huhu"

aku tekan je button hijau, kedengaranlah suara seorang lelaki yang pada telinga aku bunyinya macam suara "orang yang berusia" atau senang cerita...seorang PAKCIK!!
waaaa!!! dalam hati aku masa tu.. "iskk..aku hantar mesej kat orang yang salah ke?? adoiyai~"
antara butir-butir perbualan kami ialah... (iskk..kami?? erkkk~)

Miza Palsu : Hello... hello....
Pesalah : Hello...ye, nak cakap dengan sape? (cewah~ skema lak aihh aku..)
Miza Palsu : Ni sape nih?
(haishh...aku pantang betul kalau orang call aku tanya soalan ni)
Pesalah : Nak cakap dengan sape ni?
Miza Palsu : Ni sape ni? Ni tadi ada antar mesej birthday kat miza kan...
Pesalah : Eyh..ni bukan nombor miza kew?? (nada gelabah dan bersalah) Mintak maaflah.. salah nomborlah kot.... maaflah yew...
Miza Palsu : tak kanlah banyak kali salah nombor....
(aik..bila masa pulak aku banyak kali mesej pakcik ni?? musykil aku~)
Pesalah : Betul~ salah nomborlah ni... dulu memang saya mesej kawan saya pakai nombor ni.. bla3....
(jenuh plak nk terang kat miza palsu nih..haish33.. ingatkan dia akan tamatkanlah perbualan..rupa-rupanya ........ aiyo~)

Miza Palsu : Ni sape ni?
Pesalah : hah?? saya kawan miza tu lah... (macam dah bengang2 sikit aku menjawab)
Miza Palsu : Nama apa?
(haishh..pakcik ni.. lebey2 plak dia~)
Pesalah : Nama? eyh..x perlulah kowt saya bagitau...
Miza Palsu : Dok mana nih?
(grrrr..time ni memang dh betul-betul geram... kan aku dah cakap salah nombor tadi.. siap mintak maaf lagi.. sikit punya baik aku nih tau..cewah~)
Pesalah : Eyh...xpelah...xpe... saya mintak maaflah yew... salah hantar mesej.. k, bye.. salam~
(pap!! letak tepon...hahahaha.. puas hati!!)

Lepas dah letak tu...baru terasa sangat malu dan geli....
bila teringat semula mesej aku yang ada "muahhh" tu...
waaaa!!!! giler kental aku mesej macam tu.... erkkkk~


NOTATANGAN :
  • miza reply mesej yang maxis...aku story kat die apa dah jadi.. ade kew patut die boleh kata, "jodoh aku kot tu~".. haishh33~ tak sayang mulut betul makcik tu tau~ mintak dijauhkan...

MORAL OF THE STORY : jangan suka-suki nak "muahhh3" dalam mesej...