Monday, February 1, 2010

:: HIDUP TIDAK SEMPURNA? ::

Adakah anda bersetuju andai aku mengatakan bahawa hidup ini tidak selalunya indah?
Tidak selalunya sempurna?
Malah, kadang-kadang ianya penuh dengan ketidaksempurnaan.

Ketidaksempurnaan itu sebenarnya adalah satu ujian, satu dugaan..
Ketidaksempurnaan itu adalah untuk menguji tahap kesabaran kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir..
Ketidaksempurnaan itu juga seringkali menguji tahap keutuhan sesebuah perhubungan..
Yang penting, jangan cepat melatah!!

Semuanya terpulang kepada diri kita..
Bagaimana untuk berhadapan dengan ketidaksempurnaan itu..
Sama ada kita mahu melihatnya dari sudut yang positif, atau dari sudut yang negatif..
Adakalanya yang negatif itu perlu kita ubah menjadi sesuatu yang positif..
Mungkin juga kepada sesuatu yang boleh menjadikan kita lebih positif..
Pokok pangkalnya berbalik kepada diri kita sendiri.

Sebagai manusia kita memang sering mengharapkan kesempurnaan..
Namun adakalanya kita perlu belajar menerima ketidaksempurnaan..
Belajar memperbaiki ketidaksempurnaan itu..
Bukannya menghukum mahupun mengabaikan ketidaksempunaan itu..
Kerana pada aku, demikianlah hidup ini diciptakan.

Hati kita mungkin berhadapan dengan ketidakpuasan apabila apa yang diingini tidak sama seperti apa yang diperolehi..
Sudah menjadi lumrah manusia untuk cuba mencari di mana letaknya punca masalah tersebut..
Kerana manusia ini sememangnya mempunyai sifat ingin tahu yang cukup tinggi..
Tidak salah mempersoalkan, cuma biarlah kena pada tempatnya dan dengan cara yang betul.

Kita perlu yakin bahawa semua orang telah cuba untuk melakukan yang terbaik..
Telah cuba untuk menjadi yang terbaik..
Telah berusaha ke arah kebaikan..
Kerana sudah menjadi lumrah, setiap individu mahukan yang terbaik.

Aku tahu memang senang berkata-kata..
Yang melihat tidak sama dengan yang merasa..
Aku tahu itu!!
Tapi, bukankah minda dapat berfikir dengan waras apabila emosi dalam keadaan stabil?
Kerana Syaitan itu ada di mana-mana..
Menantikan terbukanya pintu-pintu kemarahan bagi menghasut anak ADAM..
Maka beristighfarlah kita senantiasa, di kala senang mahupun susah.


NOTATANGAN :
  • Peringatan ini untuk semua. Untuk aku, kau, dia, kamu dan mereka.
  • Andai ada tersilap di mana-mana, jangan segan silu untuk membetulkannya.

**inilah jadinya bila aku mula berbicara**

3 comments:

::SizuKa:: said...

aku suka entry ni..;)

Unknown said...

ye...

kite bkn lah sempurna,,,,

tp harus bljr utk terime ketidaksempurnaan.....

:)
n3 yg best....

Anonymous said...

ske jgak~

-amal-

Post a Comment