ramai juga bloggers yang kulihat berbahagia sekali membuat entry mengkhabarkan suka duka sepanjang 2009 mereka..
tidak kurang juga yang begitu rajin bercerita mengenai Pn. AZAM yang baru menyambut kelahiran anak kucing beliau, AZAM si kekasih hati yang curang 5 kali tanpa henti.. tidak ketinggalan En. AZAM jiran baru sebelah rumah yang memiliki Blackberry..
pendek kata..semuanya berkaitan AZAM tahun baru..
bagi aku, rasanya jarang sekali aku berazam tiap kali tibanya tahun baru mengikut kalendar barat.. atau mungkin juga aku tidak pernah berazam.. entahlah, aku sendiri kurang pasti akan hal ini..
bagi aku, jika hendak berazam..tidak perlu aku menunggu tibanya tahun baru.. anytime pun aku boleh buat azam..tapi ini cara akulah.."lain padang lain belalangnya, lain orang lain caranya" (erkk...benarkah peribahasa ini??)
apa yang penting, diharapkan apa yang diazamkan itu menjadi kenyataan.. jangan sekadar anganan mat jenin yang tak sudah.. at least, berusahalah ke arah itu..
papepun, sama-samalah kita berusaha untuk menjadikan hari esok lebih baik berbanding hari ini..
dan di kesempatan ini juga, aku ingin memohon maaf kepada semua rakan yang mengenaliku.. andai ada terlepas laku tersilap bicara tersalah kata.. harap dimaafkan~
till then...papai~
NOTATANGAN :
- bagaimanakah penghujung 2009 anda berakhir?? baikkah? malangkah? sukakah? dukakah?
**inilah jadinya bila aku mula berbicara**