Friday, August 21, 2009

:: KEB*NGANGAN YANG MENYEBABKAN KEBENGANGAN ::



agak lama tidak m'update blog ku ini.. (lama ke?? hua9~)
banyak perkara sbnrnya aku nak kongsikan..
namun status yg SEDIKIT BUSY ditambah dgn KESIHATAN YG TERJEJAS menyebabkan mood untuk bercerita tidak memunculkan diri..
beberapa hari yang lepas aku diserang demam..
serangan yang agak teruk pada waktu mlm...dan sihat di siang hari..huhu
sehinggakan pada hari rabu yang lepas, rakan2ku terpaksa membawa aku ke klinik pada jam 1.30 pg..
melayang RM30 aku.... isk3~



balik dari klinik, geng GAGAK HITAM & MURAI telah mengadakan surprise party
(boleh dipanggil party ke?? huhu)
bagi meraikan birthday ANES + FURA (aku lah tu..huhu)
~nantilah aku akan tulis entry khas bagi sambutan itu~
thanks to all my beloved friends yang mengambil berat sepanjang aku diserang demam
diriku berasa sangat TERHARU atas keprihatinan anda semua
terutamanya rumeteku,NOOR MALYANAH yang menjaga aku dengan penuh kesabaran..
owh...TERHARUNYA aku... rasa nak menitis air mata..ahaks~
MyEm0.Com



sekarang aku sedang bercuti di rumah
cuti weekends je pun~haha..
nak sambut 1st ramadhan merangkap ulang tahun kelahiranku yang ke-20 bersama family tersayang..
(dah nak tua rupanya diriku ini...uhuk~)
birthday aku tahun ni jatuhnya betul-betul pada hari pertama puasa..
22 Ogos bersamaan 1 Ramadhan 1430H..
(saje mempromot diri sebentar...kuang3~)
MyEm0.Com


okies...
entry kali ni aku tulis khas atas permintaan roomateku, MAL...
sebenarnya dia request since hari isnin lepas...
tapi baru sekarang berkesempatan untuk menulisnya..
TAJUK ENTRY ini juga atas permintaan beliau.. huhu



Alkisah bermula...
pada hari isnin yang lepas..
17 hb 8 2009..jam 4.00 petang
(selepas kelas kaedah multivariat ku)
aku menemani mal dan liya ke petronas untuk membeli air bateri kereta mal..
setelah selesai membeli belah...
berbumbungkan langit cerah di bawah sinaran matahari yang terik..
aku melihat mereka berdua dengan yakinnya membuka penutup bateri kereta mal

(ke skru eyh?? ntah..aku kurang arif akan nama benda tersebut..huhu)
penutup pertama berjaya dibuka..lalu air bateri pun diisi..
penutup berikutnya dibuka...seterusnya dibuka...
dan tiba-tiba...

"pukk.." penutup lenyap dari pandangan mata...
aiyark!! satu penutup telah terjatuh di dalam atau mungkin juga di celah2 enjin dan komponen2 kereta mal...
owh..bagaimana ni??



MyEm0.Com
kami meninjau-ninjau...
membelek-belek...
melihat-lihat...
mencari-cari gerangan si penutup...
bermacam gaya "aksotik" telah dibuat..
terutamanya oleh empunya kereta... ahaks~
malangnya, yang dicari gagal ditemui.. nasib2~
bagaimana ni??
x kan nak drive dengan keadaan bateri tidak ditutup...
dibuatnya meletup...naya~




it's ok!!!
don't panic!!
betul2 berhadapan dengan kereta mal..
di seberang jalan...
terdapat sebuah workshop yang agak besar...
mesti mereka boleh tolong kan~
maka, berlengganglah mal dan liya ke workshop berkenaan bagi mendapatkan bantuan..
dan aku..menjadi penunggu setia MYVI HIJAU berplatkan WPR 9187...
kemudian datanglah seorang bro a.k.a mechanic yang agak tinggi berkulit hitam manis bercermin mata
(bertahi lalat di muka >> ni mal yg cakap..sumpah aku x sempat mengusha mole beliau..haha)


*************************************************************************************
mechanic 1 : kenapa ni??
mal : bla3~ (menjelaskan situasi a.k.a kejadian sebenar)
mechanic 1 : so, awak nak saya buat apa?
(haish...bro ni.. betul ke tidak?? boleh pula "kura2 dalam perahu, pura2 tak tahu")
mal : tolonglah..camne nak settle??
mechanic 1 : owh..jap eyh...
(bro tersebut kembali ke workshop..dan kembali beberapa saat kemudian)
mechanic 1 : sorrylah... bateri lama semua dah hantar ke stor.. so, x ada lah penutup lebih...
(grand!!! workshop sebegitu punya besar..1 penutup lebih pun x ada ke?? haish~)
mal : habis tu, camne ni??
mechanic 1 : awak kena carilah penutup tu sampai jumpa.. x ada cara lain.. carilah ye..
mal : eh..tolonglah cari~ kitorang dah cari tapi x jumpe..
mechanic 1 : camne saya nak tolong?? saya ada banyak kerja ni... awak carilah eyh.. good luck!!
(cehh!!! sungguh bengang kurasakan pabila mendengar jawapan bro tu.. x gentleman langsung!! geram3~)
mal : ok....
dan bro itu terus berlalu.....
*************************************************************************************



maka terpaksalah kami meneruskan misi pencarian
liya sudah mengetuk-ngetuk bahagian hadapan kereta..
dengan harapan penutup itu mahu memunculkan diri..
mal pula, kalau boleh mahu saja diterbalikkan kereta itu..
semata-mata mahu mendapatkan barang yang hilang..
namun pastilah mustahil untuk menterbalikkannya..
berat kereta tu saja sudah berlipat kali ganda daripada tuannya..huhu
hurmmm....bagaimana ni??
think..think..and think!!!
ahah!! mal kata ada satu lagi workshop di kawasan tu..
tapi kena berjalanlah sikit...
MyEm0.Com
kalau merangkak mungkin mengambil masa yang agak lama...
maka, berjalanlah aku dan mal menuju ke workshop berkenaan...
liya pula mengambil alih tugasku mengawasi WPR 9187...
sabar ye liya...
kami akan membawa khabar gumbira sebentar lagi!!



workshop yang kedua ni...
tidaklah sebesar workshop yang pertama tadi...
hanya 1 kedai sahaja yang diperlukan untuk merawat kereta2 yang sakit..
banyak juga kereta yang tersadai di hadapan workshop tersebut...
setibanya kami di sana, kami dihadiahkan dengan senyuman ikhlas dari seorang mechanic..
sejuk hati melihat senyuman beliau~ huhu
mal pun mula menjadi penglipur lara menceritakan kejadian malang yang menimpa bateri MYVI miliknya...
owh ye..ada seorang pelanggan di situ yang turut menjadi pendengar setia kisah sedih kami..
mugkin dia menghantar keretanya untuk dicheck~



*************************************************************************************
mechanic 2 : penutup bateri yang macam mana? ada 2 jenis..
mal : bukan macam tu (sambil menunjuk ke arah bateri kereta berhampiran)
mechanic 2 : kejap ye...
~beberapa saat kemudian~
mechanic 2 : yang ni ke??
mal : ha'ah.... (dengan nada + muka bahagia)
pelanggan : muat ke tu? karang tiba2 pasang x muat pulak...
(ha'ah eyh..betul juga tu..jauh2 berjalan.. kalau x muat, x kan nak patah balik pulak)
mechanic 2 : xpe2... tunggu jap ye..
(bro tu settlekan dulu kerja beliau..kami pula menunggu dengan penuh sabar)
mechanic 2 : awak tunggu kat kereta dulu k. karang saya g.. kat petronas kan?
mal : yup!! ok..
*************************************************************************************




maka berlengganglah kami pulang ke tempat parking kereta dengan hati yang senang..
mechanic ke-2 menyusul tak lama selepas itu dengan menaiki EX-5
dengan senyuman yang ikhlas sejuk mata memandang...
en. mechanic memasang penutup yang dibawanya ke bateri kereta mal..
ALHAMDULILLAH~ muat!!! yey!!
dah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan...
kami pun meminta bantuan beliau mengisikan air bateri...
owh ye..semasa bro yang baik hati ini menolong kami...
mechanic pertama melaung dari workshopnya, bertanya..
"dah settle kew??"
mal pula dengan kuatnya menjawab ala2 niat nak perli lah kan..sebab geram...
"dah!!! panggil ni~ (membuat isyarat jari menunjuk ke arah mechanic 2)"
boleh lagi bro pertama tu tersengih (aku agak lah) dan membuat isyarat
"bagus!!"



ok, settle!!!
berapa charge yang dikenakan ye??
bagi penutup bateri tersebut + servis isikan air bateri??
MyEm0.Com
FOC jew.....
huhu...



waaa!!! lapar gile!!!
maka kami bertiga pun menuju ke kedai NASI AYAM AL-IKHWAN bagi memenuhi tuntutan perut yang rancak menyanyikan lagu BUTTERFLY
(klik di sini)
kenapa lagu butterfly??
sebab aku suka lagu tu~ hahaha



kami order 4 set nasi ayam..
kenapa 4 set??
1 untuk aku...
1 untuk mal...
1 untuk liya..
dan 1 lagi...
untuk en.mechanic yang baik hati...
huhu...
mal belanja beliau bagi membalas jasanya..
mungkin bagi beliau, pertolongan itu tidak seberapa..
tapi, bagi kami...
ia sangatlah besar dan bermakna!!!


sebenarnya...
tiada sesiapa yang b*ngang dalam ceriteraku ini...
yang ada hanyalah mereka yang kebengangan...
hik3~



"THANKS EN. MECHANIC A.K.A BRO SENYUMAN IKHLAS YANG BAIK HATI!!"
MyEm0.Com
~mana mungkin anda membaca blog ku ini kan..~
~tapi x pelah...huhu~



MORAL OF THE STORY :
  • korang rasa...apa moralnya?? haha

NOTATANGAN :
  • ampun dan maaf kepada semua yang mengenaliku di atas segala salah dan silap sama ada yang disengajakan mahupun tidak
  • selamat menyambut bulan Ramadhan
  • selamat berpuasa + menunaikan tarawikh

kalau cik flip, beliau gemar membuat notakaki..
memandangkan aku menaip guna tangan, so aku buat notatangan huhu..



** inilah jadinya bila aku mula berbicara **




4 comments:

Unknown said...

ko demam xbgtau pn...

patut la senyap jew blog ko...

kelakar la crita penutup bateri ilang....

hihi....

^_s::a::s::a_^ said...

sbb aku igt x bpe trok...

so, x mau merisaukn ko..

huhuhu...

kisah benar yg klaka r kirenyew nih..

hihihi

Nurul Ain said...

hepi besday sasa!!
semoga pnjg umur dan murah rezeki..

dan lg..selamat berpuasa..semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan..

dgr cite korang isi air bateri tu,ain pun baru lepas isi air bateri..mujurlah xde pape b'laku..penutup xhilang..haha..

(^.^)

^_s::a::s::a_^ said...

thanks ain!! ^0^

slamat b'puasa gaks... weee~

naseb baek penutup bateri ain x wat hal cam malnyew.. hahaha...

Post a Comment