Monday, September 28, 2009

:: ANTARA SOS LIFE, SERAI DAN SOFLAN, YANG MANA MENJADI PILIHAN DI HATI?? ::

berlalu sudah percutianku selama seminggu di rumah sempena menyambut aidilfitri...
maka berakhirlah juga tempoh "hibernasi" bagi blog kesayanganku ini...
semalam aku tiba di kolej kesayangan kawan-kawanku...
(mungkin turut menjadi kesayanganku juga...)haha
kehidupan di kampus bakal bermula seperti biasa...


raya tahun ini disambut seperti biasa..
semuanya biasa sahaja melainkan beberapa perkara yang di luar kebiasaan..hahaha
contohnya, selalu tiap kali aidilfitri menjelang...
atok aku mesti akan buat kuih siput (kira macam benda wajib setiap kali raya lah)
tapi..tahun ni tiada kuih siput....
atok kata tak larat nak buat...
lagipun, masing-masing mula bercuti dikala aidilfitri hampir menjelang tiba....
kiranya macam tahun ni menghadapi kekangan tenaga kerjalah...
so, no more kuih siput!!!
wuuu.... T_______T


ok..malas nak cerita panjang lebar pasal raya...
cuma untuk entry kali ni...
aku nak berkongsi satu kejadian semasa cuti yang kukira agak kelakar..
kalau x kelakar camne?? "ada aku kesah???"


alkisah bermula...
aku tak ingat hari apa, berapa hb, pukul berapa...
tapi yang pasti, kejadian berlaku pada waktu malam, dikala hujan turun renyai-renyai..
aku sekeluarga baru pulang dari beraya...
singgah di kedai runcit sebentar sebelum balik ke rumah...
bapak dan adik aku yang kecil turun dari kereta menuju ke kedai...
aku, mak, dan adik aku sorang lagi tunggu dalam kereta...
tiba-tiba, makku teringat yang sos kat rumah dah habis...
so, dia pun jerit dari dalam kereta bagitau bapak aku... "sos life satu"
then, kami lihat bapak ambil serai dengan banyaknya...
dalam hati tertanya-tanya...kenapa ambil serai??
mungkin bapak silap dengar kot...
so, mak aku pun jerit sekali lagi...
"nak sos life...bukan serai"
fuhhh...nasib baik bapak dengar dengan jelas kali ni..
kalau tak...nak buat apalah dengan serai yang banyak tu... -_-"


bila bapak dan adikku dah kembali ke kereta....
mak aku pun tanyalah...kenapa ambil serai tadi??
maka..bermulalah lawak jenaka yang tidak disengajakan...
(seperti yang diceritakan oleh En. Ahmad Sabri)

Para pelakon & lokasi penggambaran : En. Sabri bersama pemilik kedai yang dikenali sebagai Zul (bukan nama sebenar) berada di dalam kedai runcit. Pn. Siti bersama anak-anak di dalam kereta.
Keadaan cuaca : hujan renyai-renyai

Pn. Siti : sos life satu!! (dengan volume sehabis kuat)
En. Sabri : Zul, serai ada?
Zul : Ada kat depan tu...
(maka dengan langkah bergaya penuh yakin, En.Sabri mengambil serai dengan bahagianya. Pn.Siti yang melihat dari kejauhan tertanya-tanya..serai???)
Pn. Siti : Kak, bapak nak buat apa ambil serai bayak-banyak tu?? (bertanya kepada anaknya, ehem3..saya lah tu...peace!!!)
Aku : Ntahlah mak... huhuhu (sempat lagi gelak...sebab memang banyak betul serai En. Sabri ambil)
Pn. Siti : Tak nak serai... nak SOS LIFE!!! (cuba menguatkan lagi volume beliau dengan harapan En. Sabri di kedai dapat mendengar dengan jelas)
En. Sabri : (sudah menerima arahan yang sebenar) Zul, bukan nak SERAI.. nak sos life rupanya.. ada?
Zul : Ada2.. Cikgu nak yang besar ke yang kecil?
En. Sabri : Yang besarlah...
Zul : Yang dalam botol ke yang dalam tin?
En. Sabri : Eh..ada yang dalam tin ke?? (dengan nada kehairanan)
Zul : Ada... (dengan keyakinan yang benar-benar mantap, beliau mengeluarkan 1 tin SOFLAN)
En. Sabri : Ehh..bukan nak soflan zul..nak sos cili..jenama life... hihi
Zul : Owh...ingatkan nak soflan tadi..


hua9.....demikianlah kisah SOS LIFE, SERAI dan SOFLAN...
semoga anda terhibur... n_n



NOTATANGAN :
  • Assignment berlonggok-longgok... tu lah..sapa suruh tak buat masa cuti... kan dah berlonggok macam ulat gonggok!!! aiyark!!! -_-"


**inilah jadinya bila aku mula berbicara**

3 comments:

Anonymous said...

hahahaha..
lwk la cito ko nih..
-Lala everything is ok-

Unknown said...

haha...
lawak tol la...
ade plak amek serai..
jauh tu ngan sos life...

soflan plak lg kelakar...
ade ker yg dlm tin..?

tidaketahuan la plak...
huhu...

selmt kembali ke kolej...

^_s::a::s::a_^ said...

yg soflan dlm tin tu...
ak pun ketidaktahuan...
musykil gak..ada ke??
x penah nmpk pun~
huhuhuhu....

Post a Comment