Tuesday, September 29, 2009

:: TROUBLE IS A FRIEND ::

semasa b'blog walking baru-baru ini, aku terjumpa satu lagu di blog rakanku yang kiranya 'masuk' dengan jiwa aku. cewahhh~ mungkin juga ramai yang dah tahu lagu ni.. aku je kowt yang baru jumpa~ hahaha... so, aku nak share lagu ini dengan anda semua.. hayatilah lirik lagu ini k..





*sedikit kata-kata dari aku*


TROUBLE...
hidup kita ni memang tak boleh lari daripada masalah..
bohonglah kalau ada orang mengaku dia tak pernah hadapi sebarang masalah sepanjang hayatnya..
pelbagai jenis masalah wujud dalam dunia ni.. dari sekecil-kecil masalah, hinggalah sebesar-besar masalah..
ada di antara kita yang menghadapi masalah kesihatan (macam aku..baru pergi klinik homeopathy petang tadi...hihi)
ada juga yang menghadapi masalah kewangan, pelajaran, keluarga, relationship dan ada juga yang mempunyai masalah dengan diri sendiri (contohnya konflik dalaman)
pendek kata, hidup ini memang penuh dengan masalah..


Cuma terpulang kepada kita bagaimana hendak MENGHADAPI masalah2 ini..
kenapa aku cakap menghadapi bukan menyelesaikan?? bukankah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya??
ye..memang betul..setiap masalah ada penyelesaiannya..itu aku tidak nafikan..
tapi, bagi aku..kita mesti tahu bagaimana untuk menghadapi masalah ini dengan sewajarnya sebelum menemukan jalan penyelesaiannya..
bila kita tak tahu macam mana nak handle sesuatu problem, macam-macam masalah lain yang akan timbul..
lebih buruk lagi apabila ada juga yang sampai sanggup menamatkan riwayat hidup mereka gara-gara tidak sanggup berhadapan dengan masalah lagi..
mereka inilah yang menurut aku, tidak tahu bagaimana untuk menghadapi masalah...


*upss!!! ni bukan sikit lagi..dah banyak sangat dah ni..haha.. x kire!! nak sambung lagi*


beberapa TIPS yang ingin aku kongsikan bersama.. apabila berhadapan dengan masalah :
  • JANGAN LARI daripada masalah, sebaliknya berhadapanlah dengannya.
  • hadapilah sesuatu masalah itu dengan TENANG..kerana hanya dengan jiwa yang tenang, minda dapat berfungsi dengan waras..
  • always have a +VE THINKING. no matter how -ve da problem is, always turn it to da +ve way.. after all, life must go on~ hahaha
  • bila terasa diri tak mampu lagi menanggung masalah itu sendirian, ingatlah bahawa anda tidak keseorangan di dunia ini.. KONGSIkan dengan orang-orang kepercayaan, kesenangan, kesukaan dan macam-macam 'ke' lagi..huhu.. Namun, ada kalanya berkongsi masalah dengan orang yang tidak dikenali juga dapat membantu.. terpulang kepada individu tersebut.. (kalau ada yang rasa nak share problem dengan aku...silekan~ hihihi)
  • dan perkara yang PALING PENTING.. SENTIASALAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.. banyakkan berdoa. DOA ITU SENJATA ORANG MU'MIN. doa ini bukan semasa kita berhadapan dengan masalah je, sebaliknya ketika kita senang pun kita perlu berdoa. Namun, mungkin ada antara kita yang mudah berputus asa apabila merasakan doa-doa kita tidak dimakbulkan. Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa doa kita lambat dimakbulkan.. pokok pangkalnya, muhasabahlah diri.. INGAT!! Jangan pernah merasa sangsi akan kekuasaan ALLAH.. sesungguhnya ALLAH itu MAHA ADIL dan MAHA MENGASIHANI.. DIA tidak akan menguji hamba-NYA dengan dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh mereka.


Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.
Bila DIA tak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-NYA.



**inilah jadinya bila aku mula berbicara**

3 comments:

::SizuKa:: said...

stuju dgn entry ni..xleh lari dari masalah, kita tetap kena hadapi, life must go on..Allah selalu ada dengan kita..doa lah banyak2 untuk kebaikan diri kita dan orang lain..

aku paling benci bila jumpa masalh yang melibatkan hati dan perasaaan..~ agagag~

nisah said...

aku pn stju ngan sume ayat ko pura...
huhuhuhu...

Anonymous said...

ak pon suke!!!ngeee~
tetibe blog ko nih jd seyez..heeee~
-amal-

Post a Comment