Akhirnya!!! Berjaya jugak aku mengubati KEKEMPUNAN aku nak makan CUCUR JAGUNG.. itu pun setelah menempuh onak duri dan ranjau menuju ke kampung halamanku, pahang.. (hiperbola laaaa tu fura oii~). Inilah dia rupa bentuk cucur jagung yang menjadi idaman hati pengarang jantung intan payungku... (sewel~).. Anyway, suppose aku balik UKM hari Isnin kan (19hb)... but aku telah meng'extend'kan holidayku di rumah sampai hari Selasa (20hb).. eleyh..lebih sehari je pun.. tu pon nak kecoh~ hahahaha.. (eii..suke hati aku lahhhh).. Yang pasti, kekempunan emakku nak makan castard caramel buatanku x berapa dapat diubati kerana aku tersilap sukatan.. hahahaha... camne lah boleh lupa ek?? hadoih.. jadi tu jadi, cuma x macam biasa... hik33.. alright!!enough about cucur jagung or castard caramel wut so ever~ cerita lebih-lebih pun, bukannya korang nak bace kan... kan36?? kuang3~
OK..next topic... aku sebenarnya telah berjaya "menahan" lappyku dari memunculkan dirinya di hadapan kornea mahupun irisku selama 3 hari.. Oo yey!! tapi, petang tadi tiba-tiba tanganku laju mencapai "bungkusan" hitam di sebelah katilku yang SARAT berisi HARTA KARUNku ini dan tanpa segan silu menekan butang ON tanpa dapat dihalang oleh otakku yang mungkin pada ketika ini sudah sedikit bermasalah (bila nak jumpa nokhtah ni cik fura?? haishh~) Tapi jangan risau, aku berjanji pada diriku ini tidak akan berlarutan... sebentar sahaja ok!!! "aku perlukan hiburan"
Aktiviti aku untuk beberapa KURUN ini ialah ........ jeng, jeng, jeng........ tadaaaa!!!!
Hidup bergelumang nota-nota yang penuh dengan RUMUS, pen, pensel, calculator dan SIFIR STATISTIK sambil ditemani cactus kesayangan memang "MENDAMAIKAN".. Lihat saja kedudukan meja studyku yang mengadap tingkap... udara di pagi hari memang mengasyikkan!!! har33~ tapi, yang menyampahkan apabila ada insan-insan BERLAWANAN JANTINA denganku melepak sambil menunggu aweks meraka di bawah pokok betul-betul bertentangan dengan mejaku ini.. Arrggghh!! aku terpaksa mencari port lain untuk meneruskan perjuanganku... KATIL!!! maka, tidak berapa lama selepas itu... ZZZzzzzz~ (salah siapa??)
NOTATANGAN :
- Good Luck to all Friends yang nak exam beberapa ratus mahupun ribu saat dari sekarang.. Gambatte!!!! Chaiyok!! Aja aja fighting!!! ~ maan najah bi taufiq~ (ok..abaikan ejaannya yang mungkin salah mahupun betul)
- En3 kali ini kutaip bersama dengan ke'sengalan' sedikit... sebab itulah banyak merapu.. hoho.. (tapi, bukan ke ko memang all da time suka merapu fura?? erkkk...)
**inilah jadinya bila aku mula berbicara**
No comments:
Post a Comment