Thursday, October 15, 2009

:: KASTARD KARAMEL ::

atas permintaan seorang rakan, maka dengan ini saya ingin berkongsi resepi kastard karamel yang saya dapat daripada my mum's friend. easy to make, delicious to eat.. haha


-KASTARD KARAMEL-

Bahan-bahan :

(A)
  • 1 tin susu cair
  • 6 biji telur (jika tidak gemarkan rasa telur yang melampau, bolehlah dikurangkan jumlahnya. Juga bergantung kepada saiz telur. Biasanya saya gunakan 5 biji telur saiz sederhana sahaja, mugkin telur gred B kot.. hihihi)
  • 1 sudu tepung kastard (jika sukakan kastard karamel yang lebih keras, bolehlah tambahkan sedikit sukatan tepung kastard)
  • 1 sudu teh esen vanilla
(B)
  • 5 sudu gula + 1 sudu air
(C)
  • Buah-buahan campuran / fruit cocktail (buahnya sahaja) - optional

Cara Membuatnya :
  1. Masak bahan B hingga keperangan (juga dikenali sebagai gula hangus). Gunakan api sederhana sahaja untuk mengelakkan gula daripada "rentung".
  2. Tuang gula yang telah dimasak ke dalam loyang. PERINGATAN : sila lakukan langkah ini dengan segera kerana gula ini cepat membeku.
  3. Apabila gula sudah membeku sedikit, susun buah-buahan campuran di atasnya. (Optional)
  4. Blend bahan A (sekejap sahaja @ 2 kali tekan je blender tu.. untuk mengelakkan buih yang melampau)
  5. Tuang bahan A ke dalam loyang berisi gula dan buah-buahan tadi.
  6. Tutup loyang dengan kain tuala atau plastik.
  7. Kukus selama 20 minit (kalau suka kastard karamel yang keras sedikit, boleh tambahkan masa kukusan)
  8. Sejukkan dalam fridge.
  9. Sedia untuk dihidangkan.. yummy!!!

Semasa ber'blog walking', saya terjumpa resepi puding karamel yang tidak menggunakan telur. Sesiapa yang berminat, bolehlah menjengah AZITA KITCHEN.

3 comments:

Anonymous said...

makaceh2...heeeee..dpt jgak resipi nih..
-amal-

Unknown said...

tiap kali wat gula hangus tu, aku salu gagal~

^_s::a::s::a_^ said...

amal : jangan rajin amek je rspinyew..sila buat d rmh n bw ke ukm spya ak blh makn..wawawa

Fatin : xpe2..cuba lagi.. pasti berjaya nanti.. "If two wrongs don't make a right, try three".. hik3

Post a Comment