-KASTARD KARAMEL-
Bahan-bahan :
(A)
- 1 tin susu cair
- 6 biji telur (jika tidak gemarkan rasa telur yang melampau, bolehlah dikurangkan jumlahnya. Juga bergantung kepada saiz telur. Biasanya saya gunakan 5 biji telur saiz sederhana sahaja, mugkin telur gred B kot.. hihihi)
- 1 sudu tepung kastard (jika sukakan kastard karamel yang lebih keras, bolehlah tambahkan sedikit sukatan tepung kastard)
- 1 sudu teh esen vanilla
- 5 sudu gula + 1 sudu air
- Buah-buahan campuran / fruit cocktail (buahnya sahaja) - optional
Cara Membuatnya :
- Masak bahan B hingga keperangan (juga dikenali sebagai gula hangus). Gunakan api sederhana sahaja untuk mengelakkan gula daripada "rentung".
- Tuang gula yang telah dimasak ke dalam loyang. PERINGATAN : sila lakukan langkah ini dengan segera kerana gula ini cepat membeku.
- Apabila gula sudah membeku sedikit, susun buah-buahan campuran di atasnya. (Optional)
- Blend bahan A (sekejap sahaja @ 2 kali tekan je blender tu.. untuk mengelakkan buih yang melampau)
- Tuang bahan A ke dalam loyang berisi gula dan buah-buahan tadi.
- Tutup loyang dengan kain tuala atau plastik.
- Kukus selama 20 minit (kalau suka kastard karamel yang keras sedikit, boleh tambahkan masa kukusan)
- Sejukkan dalam fridge.
- Sedia untuk dihidangkan.. yummy!!!
Semasa ber'blog walking', saya terjumpa resepi puding karamel yang tidak menggunakan telur. Sesiapa yang berminat, bolehlah menjengah AZITA KITCHEN.
3 comments:
makaceh2...heeeee..dpt jgak resipi nih..
-amal-
tiap kali wat gula hangus tu, aku salu gagal~
amal : jangan rajin amek je rspinyew..sila buat d rmh n bw ke ukm spya ak blh makn..wawawa
Fatin : xpe2..cuba lagi.. pasti berjaya nanti.. "If two wrongs don't make a right, try three".. hik3
Post a Comment