ok, sebut saje SMS..terbayang
agak-agak anda, bahasa apakah yang sering digunakan semasa ber'sms'?
ape dia? bahasa inggeris? owh..ni mesti spesies yang mengamalkan nasihat cikgu BI masa sekolah dulu kan.. "practice makes perfect". bagus3!!
bukan? owh..bahasa melayu.. melayu yang macam mana tu?
bahasa bakukah? kalau 'ya'..baguslah~ sejuk perut cikgu BM masa sekolah rendah anda....
bahasa pasarkah? haaa..yang ni pun bagus juga... bangga makcik bedah yang jual sayur pucuk paku kat pasar borong tu... sebab anda gigih mempraktikkan bahasa beliau... syabas!!
eyh..bukan jugak? habis tu..kalau bahasa inggeris bukan, bahasa baku bukan, bahasa pasar pun bukan... habis tu bahasa apa yang anda gunakan?
bahasa Tamil? Mandarin? Urdu? hah!! bahasa sanskrit pun ada? hebat33~ memang GENERASI HEBAT!!
ahh...ikut suka koranglah nak guna bahasa apa pun... janji boleh difahami..
tapi..betul ke boleh difahami?
OK..mari kita cuba try test tengok...betul ke faham?
ayat SMS : "blikn ak zinger tower 2. x nk air."
fahaman anda?
ini yang terjadi semalam apabila aku terlebih fahaman... isk3~
seorang rakan menghantar khidmat pesanan ringkas (cewah~) kepadaku, berbunyi seperti di atas..
tapi kalau korang tak bunyikannya, memang sampai bila-bila pun senyap sepi je lah dia...
aku dengan penuh
dan membawanya pulang dengan hati berbunga-bunga-macam-dalam-hati-ada-taman.
sampai di bilik dan apabila empunya burger memunculkan dirinya, aku pun bertanya...
"untuk roommate ko ke satu?"
dia terkejut wa cakap lu~
"hah!! dua? satu jew..aku punya~"
aiyark!! apakah?? adakah ini bermaksud aku telah terlebih fahaman?
ouh3~ nampaknya aku terpaksa memiliki burger yang satu lagi... kenyang33 tahap kekenyangan~
rupanya, '2' tersebut membawa maksud 'tu'...dan bukannya 'dua'.. adessss~
motif '2' dimuatkan dalam message tersebut? OK, sila bertanya pada orang yang bertanggungjawab kerana aku sendiri kurang pasti akan motifnya.. hohoho
mungkin banyak lagi kekeliruan yang terjadi disebabkan perkara ini.
Maka....mungkin kerana itulah mak aku selaku wakil cikgu BM seasia (OK..yang ini tidak benar) sentiasa menyokong penggunaan bahasa yang betul semasa ber'sms'..
tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang salah faham mahupun ketidakfahaman langsung sepanjang tempoh
fikir-fikirkanlah..dan selamat beramal!!
NOTATANGAN :
- aku boleh terlelap semasa menaip entry ini..bukan sekali dua.. tapi berkali-kali-kali..waduh3~ udah timenya untuk tidur agaknya..
- bahasa apa pulak yang sering anda gunakan semasa ber'SMS'? salah faham yang dialami?
**inilah jadinya bila aku mula berbicara"